Chonburi FC Mahu Menang Ke Atas Skuad Harimau Malaya

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rajagobal bersalaman dengan ketua jurulatih Chonburi Laohakul (dua kanan) di perhatikan olen pemain Chonburi Therdsak (kiri) dan Sinthaweechai Hathairattanakoo selepas mengadakan sidang media Isnin. Foto: Utusan
Rajagobal bersalaman dengan ketua jurulatih Chonburi Laohakul (dua kanan) di perhatikan olen pemain Chonburi Therdsak (kiri) dan Sinthaweechai Hathairattanakoo selepas mengadakan sidang media Isnin. Foto: Utusan

PETALING JAYA: "Jika pasukan kebangsaan Malaysia boleh kalahkan kami, mereka boleh tewaskan pasukan kebangsaan Thailand," jelas ketua jurulatih kelab Chonburi FC, Withaya Laohakul pada Isnin.

Kelab Chonburi FC atau turut dikenali sebagai The Sharks tiba di Kuala Lumpur bagi mengharungi perlawanan persahabatan dengan anak buah Datuk K Rajagobal di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa, 9.45 malam.

Menurut Laohakul, ini merupakan pengalaman pertama bertemu dengan pasukan kebangsaan Malaysia dan ia amat penting bagi pasukannya.

"Sudah tentu saya mahu keputusan yang baik walaupun beberapa pemain saya sedang mengikuti pasukan kebangsaan menjelang perlawanan persahabatan Thailand dengan Chelsea esok (Selasa).

"Tetapi saya yakin dengan pemain-pemain yang ada sekarang kami mampu bermain dengan baik. Keyakinan ini bertambah selepas kelab saya berjaya menewaskan skuad kebangsaan dua minggu lalu.

"Saya sedar pasukan Malaysia amat kuat dan mempunyai pemain-pemain yang bagus. Jadi saya rasa jika mereka dapat menewaskan kami, maka mereka juga mampu menang pasukan kebangsaan Thailand," jelasnya pada media selepas mesyuarat pengurus-pengurus pasukan sempena perlawanan persahabatan ini.

Laohakul berkata, walaupun ketiadaan tonggak utama dalam perlawanan ini, dia yakin dengan kebolehan pemain yang lain.

"Saya masih lagi mempunyai empat pemain utama termasuk pemain pertahanan Fode Diakite (Ivory Coast) dan pemain tengah,Kazuto Kushida (Jepun).

"Perlawanan ini juga dianggap sebagai persiapan penting menjelang permulaan liga Thai yang akan bermula 20 Ogos ini dan kami akan berdepan dengan pasukan Tentera.

"Dari segi persiapan saya yakin semuanya berjalan lancar dan persefahaman dari segi hantaran, serangan dan juga pertahanan amat baik," katanya.

Sementara itu jurulatih kebangsaan Rajagobal berkata, beliau masih lagi melihat prestasi pemain-pemain selepas kembali ke kem latihan kebangsaan daripada bercuti.

"Mengenai Badhri dia terpaksa diketepikan kerana selepas pemeriksaan dibuat, dia memerlukan dua hingga tiga minggu untuk sembuh.

"Kecederaan hamstring memang memerlukan masa dan dengan itu dia tidak akan bersama ke Jepun minggu depan.

"Dia akan kembali ke Kelantan bagi mendapatkan rawatan dengan doktor yang biasa merawatanya.

"Dalam pada itu saya gembira kerana Chonburi menerima pelawaan kita untuk bermain dan saya yakin ia perlawanan yang bagus.

"Saya pernah melihat aksi mereka dan rekod kelab ini juga bagus.

"Dua pemain uatam Safee Sali dan Safiq masih lagi berdepan dengan kecederaan dan mereka tidak akan bermain pada perlawanan ini.

"Bagi perlawanan dengan Chelsea, kita akan lihat keadaannya selepas ini," jelas Rajagobal.

Dalam pada itu, Rajagobal menganggap perlawanan ini sebagai mencari momentum sebelum bertemu Chelsea.

"Kelab Chonburi menewaskan pasukan kebangsaan Thailand sebelum ini dan bagi saya ia memang terjadi.

"Ia perkara normal dalam sukan bola sepak. Mana-mana kelab di dunia pun boleh menewaskan pasukan kebangsaa.

"Kita juga pernah meraih seri ketika bermain persahabatan dengan Sabah dan Sarawak sebelum ini, jadi ia memang berlaku.

"Setiap perlawanan mempunyai tahap yang berbeza serta tahap motivasi yang berbeza," jawabnya.

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Chonburi FC , Withaya

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan