United Tewas Mengejut Di Tangan Singha All Stars

Diterbitkan: Ahad, 14 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anderson (kiri) berebut bola dengan pemain Singha, Thitipan Puangchan (kanan).
Anderson (kiri) berebut bola dengan pemain Singha, Thitipan Puangchan (kanan).

BANGKOK: Manchester United tewas 0-1 kepada Singha All Stars pada aksi persahabatan Jelajah Asia pra musim di Bangkok, malam Sabtu.

Ia merupakan kekalahan mengejut pasukan itu dibawah kendalian pengurus baharu, David Moyes.

Gol tunggal Singha dijaringkan oleh kaptennya Winothai pada minit ke-49.

Moyes mempertaruhkan Danny Welbeck di bahagian serangan ekoran ketiadaan Robin van Persie dan Wayne Rooney yang bergelut dengan kecederaan otot paha.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan