Saya Sedia Kemuka Surat Tunjuk Sebab - Piya

Diterbitkan: Ahad, 14 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kapten pasukan Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi atau Piya berkata beliau sudah bersedia untuk mengemukakan surat tunjuk sebab dan pengesahan daripada doktor pakar berhubung kecederaan yang dialaminya sehingga gagal melaporkan diri menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Khamis lepas.

Perancang tengah berpengalaman ini berkata beliau telah menghubungi pembantu jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe untuk membuat laporan secara tidak rasmi sejurus disahkan cedera selepas perlawanan akhir Liga Super menentang Lions XII di Stadium Sultan Muhammad IV di sini baru-baru ini.

"Saya buat pemeriksaan perubatan di Hospital Pakar Perdana selepas perlawanan akhir itu dan doktor mengesahkan hamstring saya cedera dan perlu berehat sekurang-kurangnya dua minggu.

"Doktor turut menasihatkan saya menjalani rawatan di sini (Kota Baharu)," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini Sabtu.

Akhbar pada Sabtu melaporkan Pengurus Pasukan Harimau Malaya Datuk Seri Subahan Kamal berkata tindakan tegas menanti Mohd Badhri kerana gagal melaporkan diri menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.

Subahan dilapor sebagai berkata Mohd Badhri mendakwa berlaku terlewat penerbangan dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur, namun ia bukan alasan yang boleh diterima Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketua Jurulatih Kebangsaan Datuk K. Rajagobal berkata beliau terpaksa menggugurkan Mohd Badhri dan penyerang Pahang, Azamuddin Akil selepas kedua-dua mereka mengalami kecederaan.

Beliau berkata bagaimanapun Mohd Badhri perlu datang kerana doktor dan fisioterapi FAM perlu mengesahkan kecederaan yang dialaminya.

Mengulas lanjut, Mohd Badhri berkata beliau akan melapor diri kepada FAM jika disuruh berbuat demikian dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan susulan daripada pengamal perubatan di ibu negara.

"Bagaimanapun saya bersedia dengan surat tunjuk sebab yang disediakan (ahli) fisioterapi, jika terpaksa ke Wisma FAM.

"Siapa sahaja mahu bermain dengan pasukan kebangsaan kerana ia satu penghormatan, namun jika cedera dan hanya panaskan bangku simpanan sahaja, ia hanya buat seseorang pemain rasa lebih kecewa," jelasnya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan