Rebut Segera 60 Tiket Percuma Harimau Malaya Lwn Chelsea

Diterbitkan: Sabtu, 13 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mourinho (tengah) kini berada di Thailand bersama skuadnya sebelum tiba di Kuala Lumpur pada 18 Julai ini. Foto: AFP
Mourinho (tengah) kini berada di Thailand bersama skuadnya sebelum tiba di Kuala Lumpur pada 18 Julai ini. Foto: AFP

PEMINAT-peminat Chelsea di Malaysia berpeluang menyaksikan pengurus baharu pasukan itu, Jose Mourinho yang bakal bertandang ke Kuala Lumpur sempena siri Jelajah Chelsea Asia 2013 yang dikenali Here To Play, Here To Stay.

Skuad Mourinho akan berdepan dengan anak buah Datuk K Rajagobal pada 21 Julai ini di Stadium Shah Alam, Selangor bermula pukul 9.45 malam.

Skuad The Blues bakal tiba di Kuala Lumpur pada 18 Julai ini sebelum memulakan sesi latihan pada 20 Julai pada pukul 6 petang.

Menurut Pengarah Urusan ProEvents, San Boon Wah, pada sesi latihan itu, peminat-peminat juga dijemput menyaksikan aksi pemain kesayangan mereka secara percuma di lokasi yang sama.

"Pihak penganjur mahu semua peminat-peminat Chelsea dapat melihat dengan lebih dekat pemain kesayangan mereka.

"Sesi latihan ini terbuka kepada semua dan tanpa sebarang pas latihan seperti yang dilakukan tahun sebelum ini," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, bagi perlawanan persahabatan, hanya mereka yang mempunyai tiket sahaja dibenarkan masuk.

Dapatkan tiket percuma

Sempena perlawanan persahabatan itu, ProEvents menyediakan 60 tiket percuma (30 tiket x dua orang) untuk diagihkan kepada pembaca mStar Online.

Hanya 30 pembaca bertuah sahaja akan dipilih selepas menjawab soalan yang disediakan.

Setiap 30 pemenang berpeluang membawa pasangan masing-masing.

Syarat-syarat penyertaan

1. Pertandingan ini dibuka kepada semua pembaca mStar Online.

2. Pembaca perlu mempunyai akaun Twitter dan WAJIB menjadi pengikut (Followers) portal mStar Online menerusi akaun @mstaronline.

3. Jawab dua soalan mudah yang diberikan.

4. Tarikh tutup penyertaan pada 17 Julai 2013.

5. Pemenang akan dihubungi menerusi e-mel dan pengumuman akan dibuat melalui ruangan sukan mStar Online pada 18 Julai 2013.

6. Tiket-tiket yang dimenangi hendaklah dituntut pada 19 Julai 2013 (Jumaat), pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

7. Alamat: mStar Online, Ibu Pejabat The Star, Menara Star, 15, Jalan 16/11, Section 16, Petaling Jaya, Selangor (Sebelah Hotel Eastin).

8. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 03-79671388 samb 1336.

Jawab soalan berikut dan e-melkan sebelum 17 Julai 2013

1. Siapakah pengurus baharu pasukan Chelsea?

2. Apakah warna logo mStar Online?

A) Putih & hijau

B) Hitam & putih

** Hantarkan jawapan anda menerusi e-mel kepada: mn.mets@gmail.com

** Jangan lupa sertakan butiran berikut:

- Nama penuh:

- Alamat:

- Nombor kad pengenalan:

- Nombor telefon:

- E-mel:

- Akaun Twitter anda:

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan