Skuad Harimau Malaya Terbang Ke Tokyo Sebelum Bertemu Bahrain

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hamidin (kiri) dan Subahan bergambar bersama maskot Chelsea FC di Stadium Shah Alam, Khamis. Foto:S.S KANESAN/The STAR
Hamidin (kiri) dan Subahan bergambar bersama maskot Chelsea FC di Stadium Shah Alam, Khamis. Foto:S.S KANESAN/The STAR

SHAH ALAM: Jadual perlawanan persahabatan pasukan Harimau Malaysa dijangka padat dalam persiapan mengharungi aksi Kelayakan Piala Asia 2015 (Pusingan Ketiga) menentang Bahrain pada Oktober ini.

Skuad kendalian Datuk K.Rajagobal itu mula melapor diri di kem latihan kebangsaan bermula Khamis dan akan memanaskan badan bertemu dengan menentang kelab dari Thailand, Chonburi FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Julai ini.

Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal berkata, perlawanan persahabatan bertemu pasukan dari Thailand itu juga dianggap sebagai persiapan sebelum menentang skuad Chelsea pada 21 Julai ini.

"Selepas bertemu Chelsea, skuad negara akan terbang ke Tokyo, Jepun bagi mengharungi perlawanan persahabatan dengan tiga kelab di sana.

"Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertuah kerana dapat tawaran bermain dengan kelab Divisyen Satu Jepun iaitu Shimizu S-Pulse pada 25 Julai dan Shonan Bellmare (27 Julai) dan bertemu kelab Divisyen Dua, Tokyo Verdy pada 31 Julai.

"Kunjungan ke Jepun itu telah dipersetujui Sekretariat FAM yang dipengerusikan Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin selepas kita mendapat pelawaan daripada Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA).

"Selepas itu pada 1 Ogos mereka kembali ke Malaysia dan menjalani latihan sebelum bertemu dengan pasukan Barcelona pada 10 Ogos," jelasnya kepada media selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengelola perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Chelsea FC di Stadium Shah Alam, Khamis.

Dalam pada itu, Subahan turut menjelaskan kenapa pasukan negara hanya beraksi dengan pasukan kelab, bukannya pasukan kebangsaan.

"Kebanyakan pasukan kebangsaan sekarang mengadakan pra musim. Kita ada cuba untuk bermain dengan pasukan Thailand tetapi mereka ada perlawanan persababatan antarabangsa dengan Liverpool, Arsenal, Manchester United dan juga Chelsea.

"Bagi saya soal aksi bertemu dengan kelab adalah tidak timbul kerana kelab Jepun ini sendiri mempunyai senarai pemain yang bukan calang-calang kerana mereka pernah bermain dengan negara di Eropah ataupun Amerika Selatan.

"Jadi pengalaman tersebut mampu dikongsi dengan pasukan kebangsaan kita.

"Selain itu, kita cuba 'memasarkan' pemain kita kepada pasukan luar negara.

"Di Jepun nanti, misalnya, saya bercadang menjemput beberapa jurulatih kelab Divisyen Satu Jepun untuk menilai prestasi pemain kita.

"Seperti contoh ketika kita bertandang ke Australia baru-baru ini, ramai jurulatih di sana turut menyaksikan aksi pemain kita.

"Manakala dua pemain kita sudah bermain dengan kelab di Jepun dalam Divisyen 3. Jadi saya rasakan peluang ini perlu digunakan sebaik mungkin oleh pemain-pemain kita," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaya , Piala Asia 2015 , Bahrain

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan