Man City: Pellegrini Beri Fokus Raih Trofi Kedua Untuk Kelab

Diterbitkan: Jumaat, 12 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pellegrini (kanan) dan Fernandinho bakal mencorakkan aksi berbeza pasukan Man City musim depan.
Pellegrini (kanan) dan Fernandinho bakal mencorakkan aksi berbeza pasukan Man City musim depan.

PENGURUS baharu Manchester City, Manuel Pellegrini mahu memberi fokus untuk meraih trofi liga buat kali kedua untuk kelab ini.

Pellegrini percaya skuadnya mampu memberi saingan kepada pencabar terdekat, Manchester United musim baharu nanti.

Pengurus dari Chile bertemu media buat kali pertama sejak tiba di kelab tersebut sebelum skuadnya terbang ke Afrika Selatan bagi mengharungi pusingan pertama pra musim.

Turut bersama beraksi di Afrika Selatan adalah pemain tengah yang baru diikat dari Shakhtar Donetsk, Fernandinho.

Bekas bos Malaga dijangka bakal memberi sentuhan ajaib selepas mengambil alih posisi Roberto Mancini yang gagal mempertahankan trofi liga.

"Saya tahu untuk dua musim sebelum ini ia bukanlah sesuatu yang baik ketika aksi Liga Juara-Juara dan saya cuba mengubahnya.

"Dan bukan itu sahaja sasaran saya, tetapi paling utama ialah merebut gelaran Liga Perdana.

"Apabila Manchester City menjuarai trofi 2012, itu adalah petanda penting buat kelab dan kami akan cuba mengulanginya sekali lagi.

"Tetapi kami tidak mempunyai keutamaan untuk satu kejohanan sahaja, sebaliknya akan memberi yang terbaik dalam semua kejohanan," jelasnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan