Skuad Bola Sepak Orang Buta Negara Yakin Ke Final Terbuka Thailand

Diterbitkan: Khamis, 11 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak orang buta negara menyasarkan untuk mara ke final pada Kejohanan Bola Sepak Terbuka Thailand di Bangkok dari 18 hingga 23 Ogos depan.

Ketua jurulatih, Sunny Shalesh berkata sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan prestasi semasa anak buahnya, selain kejayaan mereka menduduki tempat keempat di kejohanan sama pada edisi 2012.

"Peningkatan dari segi pencapaian yang ditunjukkan pemain dari setahun ke setahun bermula 2009 memberi keyakinan kepada saya bahawa mereka mampu layak ke perlawanan akhir di Bangkok," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sunny berkata, dengan memiliki disiplin serta kecekalan yang tinggi berbanding pemain bola sepak normal, beliau percaya anak buahnya mampu pergi lebih jauh di peringkat antarabangsa.

Katanya, kejohanan di Bangkok itu penting sebagai medan pemanas badan kepada pasukannya sebelum berdepan saingan lebih besar pada Sukan Para Asean di Myanmar pada Disember ini, Sukan Para Asia 2014 di Korea Selatan dan 'International Blind Sports Federation World Games' di Korea pada 2015.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Columbia Asia, Pengerusi Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia Dr S. Radhakrishnan berkata sukan bola sepak orang buta berkembang sebagai sukan elit dan kompetitif di Malaysia sejak 2009 walaupun dana merupakan cabaran bagi pembangunan sukan orang buta.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Columbia Asia Kelvin Tan berkata: "Sesetengah daripada kita tidak dapat membayangkan bagaimana mungkin seseorang tanpa deria penglihatan bermain bola sepak - bagaimana seseorang itu tahu ke arah mana nak lari atau ke arah mana untuk menghantar bola. Ini sudah pasti sesuatu yang mengagumkan."

Bagi membangunkan sukan untuk orang buta di Malaysia, kedua-dua mereka menyambut baik langkah Columbia Asia Group of Hospitals menganjurkan kejohanan futsal amal Columbia Asia 2013 bagi membantu Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia baru-baru ini.

Kejohanan itu berakhir dengan acara kemuncak di Sports Planet, Subang Jaya.

Sejumlah 276 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan yang diadakan sepanjang bulan lepas di mana setiap pasukan dikenakan yuran RM120.

Daripada jumlah itu, RM20 disalurkan kepada Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia manakala RM10 lagi ditambah Columbia Asia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan