Leonardo Letak Jawatan Pengarah Sukan PSG Akhir Bulan Ogos

Diterbitkan: Khamis, 11 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Leonardo
Leonardo

PARIS: Juara Ligue 1, Paris Saint Germain (PSG) pada Rabu mengumumkan Pengarah Sukannya, Leonardo akan meletak jawatan pada hari terakhir pintu perpindahan pemain.

"Kami kecewa dengan berita tersebut tetapi menghormati keputusan beliau.

"Kami berterima kasih di atas segala sumbangannya dalam menjadikan PSG kelab terkemuka Eropah di Paris. Semoga berjaya dan sukses selalu," kata kelab itu dalam laman webnya (www.psg.fr).

Pintu perpindahan pemain di Perancis akan berakhir pada 31 Ogos depan.

Bekas pemain tengah Brazil itu menyertai PSG pada Julai 2011 dan ditugaskan untuk membentuk semula pasukan tersebut.

Beliau meninggalkan Inter sebagai jurulatih selepas enam bulan memegang jawatan tersebut dan melakukan perkara sama ketika berada bersama AC Milan.

Tags / Kata Kunci: PSG , Leonardo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan