Penjaga Gol Australia, Schwarzer Sertai Chelsea

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mark Schwarzer
Mark Schwarzer

LONDON: Penjaga gol dari Australia, Mark Schwarzer menyertai Liga Perdana Inggeris bersama kelab gergasi Chelsea untuk kontrak satu tahun.

Bekas pemain Fulham dan Middlesbrough berusia 40 tahun itu menandatangani perjanjian perpindahan percuma selepas meninggalkan Fulham pada akhir musim lalu selepas lima tahun bersama kelab tersebut.

"Ini adalah kelab yang luar biasa. Ia adalah salah satu kelab terbesar dan terbaik di dunia, dan adalah satu penghormatan apabila dapat menandatangani perjanjian untuk bersama Chelsea. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk meyakinkan diri datang ke sini," Schwarzer memberitahu chelseafc.com.

Schwarzer berpindah ke England pada tahun 1996 untuk menyertai Bradford sebelum membuat 367 penampilan liga dalam tempoh 11 tahun bersama Middlesbrough.

Beliau memenangi Piala Liga dengan 'Boro' pada tahun 2003 dan muncul dalam perlawanan akhir Piala UEFA menentang Sevilla tahun 2006.

Ketika bersama Fulham dia menjadi pemain luar negara pertama membuat lebih 500 penampilan pada Liga Perdana Inggeris.

Kontrak Schwarzer dengan Jose Mourinho dan Blues berjalan sehingga Piala Dunia 2014 di Brazil.

Perjanjian ini nampaknya telah menyelesaikan dilema penjaga gol Chelsea.

Pemenang Liga Europa ini terdahulu mencari penjaga gol sokongan kepada Petr Cech berikutan Ross Turnbull dan Hilario yang dilepaskan pada akhir musim ini dan pesaing Liga Perdana, Norwich pada minggu ini mengesahkan menolak dua tawaran rasmi John Ruddy pemain dari England.

Schwarzer mendedahkan Mourinho yang kembali bersama Blues telah membantu meyakinkan beliau untuk menyertai "salah satu kelab terbaik di negara ini".

Beliau memberitahu Sky Sports News: "Saya telah bercakap dengan pengurus di Chelsea dan adalah sangat mudah untuk membuat keputusan bahawa Chelsea adalah kelab yang betul bagi saya," jelasnya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan