Messi, Neymar Sah Beraksi Di Kuala Lumpur

Diterbitkan: Rabu, 10 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Messi (kiri) dan Neymar.
Messi (kiri) dan Neymar.

SUBANG JAYA: Khabar gembira buat peminat-peminat pasukan Barcelona di Malaysia selepas pihak penganjur Jelajah Asia Barcelona 2013 mengesahkan dua bintang ternama mereka, Lionel Messi dan Neymar sah akan beraksi di Kuala Lumpur.

Kelibat lincah Messi yang juga merupakan Pemain Terbaik Dunia 2012 pasti ditunggu-tunggu oleh peminat Barcelona yang julung kalinya bakal beraksi di Malaysia.

Malah aksi samba Neymar juga akan menjadi tarikan pada jelajah ini selepas pemain dari Brazil itu diikat kelab Barcelona dengan kontrak lima tahun bulan lalu.

Menurut Pengarah BSC Soccer Malaysia, Effendi Jagan Abdullah, bukan sahajalah dua pemain tersebut yang bakal beraksi di Malaysia, malah semua pemain-pemain utama yang lain akan hadir.

"Pelbagai khabar angin yang timbul mengatakan Messi serta pemain utama lain tidak sertai jelajah ini, tetapi saya sahkan Messi, Neymar dan skuad utama Barcelona akan hadir.

"Mereka bakal melaporkan diri di kelab pada 29 Julai sebelum memulakan Jelajah Asia.

"Pada 7 Ogos mereka akan beraksi di Thailand sebelum tiba di Kuala Lumpur," jelasnya kepada media selepas majlis pengumuman RapidKL sebagai kenderaan rasmi Jelajah Asia Barcelona ini.

Skuad Tito Vilanova itu bakal beraksi menentang skuad Malaysia pada 10 Ogos ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam pada itu, Effendi turut mengumumkan mengenai penjualan tiket bagi perlawanan persahabatan ini.

"Setakat ini lebih kurang 10,000 tiket telah dijual secara online. Rata-rata yang membelinya adalah peminat-peminat dari luar seperti Indonesia, Singapura, serta Arab Saudi.

"Dan jumlah tertinggi yang dibeli secara online adalah dari Indonesia. Bagi peminat-peminat di Malaysia, saya menjangkan mereka akan mula membeli pada saat-saat akhir.

"Selain itu, Malaysia Airlines (MAS) serta CIMB selaku penaja utama turut memainkan peranan penting dalam penjualan tiket ini.

"Setakat ini tiket yang bernilai RM208 mendapat sambutan hangat berbanding dengan tiket lain yang berharga RM98, RM168, RM388 dan juga RM688," jelas Effendi.

Sementara itu, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengumumkan akan menjadi kenderaan rasmi bagi pasukan Barcelona ini.

Transit Aliran Ringan (LRT) serta bas RapidKL akan dihiasi dengan poster pemain-pemain Barca serta skuad Malaysia.

Sebanyak tujuh buah bas turut dihiasi dengan poster Jelajah Asia Barcelona ini yang mana dua daripadanya akan dijadikan kenderaan rasmi pasukan itu.

Lima buah lagi akan dijadikan sebagai kenderaan awam untuk digunakan sepanjang sempena jelajah ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan