Bayern Munich Jual Mario Gomez Kepada Fiorentina

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bayern setuju melepaskan Gomez ke Fiorentina.
Bayern setuju melepaskan Gomez ke Fiorentina.

JUARA Jerman dan Eropah, Bayern Munich telah memeterai persetujuan untuk menjual penyerang mereka, Mario Gomez kepada Fiorentina pada harga £17.2 juta.

Ketua Pegawai Ekaekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge mengumumkan berita tersebut melalui laman web rasmi kelab berkenaan dengan menegaskan yang perpindahan itu adalah di atas permintaan pemain berusia 27 tahun itu sendiri.

Pemain antarabangsa Jerman itu merangkul tiga kejuaraan musim lalu iaitu kejuaraan liga, Piala Eropah dan juga Piala Jerman.

Pada Januari 2011, Bayern telah menolak permohonan Chelsea dan Liverpool untuk membeli pemain tersebut.

Gomez mencatat sejarah sebagai pemain termahal Bundesliga apabila dia menyertai Bayern dari FC Stuttgart pada 2009.

Sepanjang kariernya bersama Bayern, Gomez telah menjaringkan 112 gol dalam 172 perlawanan.

Fiorentina pula memgakhiri musim lalu dengan menduduki tangga keempat Serie A Itali.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan