Atletico Madrid Beli David Villa Dari Barcelona

Diterbitkan: Selasa, 9 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Villa akan menyarung jersi Atletico pada musim hadapan.
Villa akan menyarung jersi Atletico pada musim hadapan.

BARCELONA telah membuat keputusan mengejut untuk menjual penyerang mereka dan juga Sepanyol, David Villa kepada Atletico Madrid pada harga £4.4 juta.

Keputusan tersebut sekaligus mengejutkan kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspurs yang sebelum ini menunjukkan minat untuk mendapatkan penyerang berusia 31 tahun itu.

“FC Barcelona dan Atletico de Madrid telah mencapai persetujuan untuk menjual dan membeli David Villa dan proses perpindahan ini akan dimeterai secara rasmi sebaik sahaja laporan perubatan pemain itu disahkan," demikian menurut kenyataan rasmi kedua-dua buah kelab berkenaan.

Villa memulakan karier profesionalnya di Sporting Gijon sebelum berpindah Real Zaragoza dan selepas itu Valencia pada 2005.

Pemain antarabangsa itu menyertai Barcelona pada tahun 2010 tetapi sejak Tito Vilanova mengambilalih pengurusan kelab Catalan tersebut musim lalu, Villa mendapati sukar untuk menembusi barisan kesebelasan pemain utama.

Kehadiran penyerang Brazil, Neymar pada harga £20 juta untuk musim akan datang menambah rumitkan keadaan yang sedang dihadapinya sekarang.

Villa tidak mahu situasi tersebut menjejaskan peluangnya mewakili Sepanyol menjelang Piala Dunia di Brazil tahun depan.

Di Atletico, Villa akan menjadi pilihan utama ekoran perpindahan penyerang sensasi mereka Radamel Falcao ke Monaco, Mei lalu.

Perlawanan pertama Villa sebagai pemain Atletico ialah menentang kelab lamanya Barcelona pada perlawanan Piala Super Sepanyol bulan depan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan