T-Team Bakal Pinjam Tiga Pemain Untuk Saingan Piala Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan T-Team akan menggunakan khidmat tiga pemain luar secara pinjaman bagi menggalas cabaran skuad itu pada saingan kempen Piala Malaysia, bermula September ini.

Penolong pengurus T-Team, Mohamed Sekanther Abdul Hamed berkata tiga pemain berpotensi di posisi penyerang, pemain tengah dan penjaga gol sudahpun dikenalpasti bagi membantu pasukan itu.

"Tetapi kita akan umumkan nama pemain-pemain berkenaan selepas playoff kelayakan Piala Malaysia selesai dibuat," katanya.

Mohamed Sekanther berkata T-Team akan menyambung semula latihan pada 13 Julai ini untuk persiapan menghadapi kempen Piala Malaysia.

Beliau berkata pencapaian terbaik T-Team dalam Piala Malaysia ialah apabila berjaya ke separuh akhir pada tahun 2011 dan tersingkir pada pusingan awal pada tahun berikutnya.

"Sasaran kita tahun ini sekurang-kurangnya sampai ke peringkat pusingan suku akhir," katanya.

Pada saingan Liga Super musim ini, T-Team terselamat daripada turun ke Liga Perdana musim depan setelah menghuni tempat ke-10 daripada 12 pasukan bertanding.

Felda United dan Negeri Sembilan turun ke Liga Perdana manakala Sarawak dan Sime Darby FC, masing-masing juara dan naib juara Liga Perdana musim 2013, akan beraksi pada Liga Super musim depan.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan