Harimau Muda A Tewas Kepada Great Britain 0-2

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAZAN: Pasukan Harimau Muda A tewas kepada Great Britain 0-2 pada perlawanan kedua peringkat kumpulan di Stadium Olymp, Kazan pada Isnin.

Sebelum ini, mereka mencatat kemenangan mengejut ke atas Itali 2-0 pada saingan peringkat kumpulan C, Jumaat lepas.

Pada perlawanan itu, skuad bimbingan Ong Kim Swee ketinggalan satu gol apabila James Philip Aldred membolosi gawang Malaysia pada minit ke-18 selepas menyudahkan hantaran rakan sepasukannya, Sammy Andrew Macvicar.

Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan negara terus diasak dengan gol kedua menerusi Alex James Dyer pada minit ke-48.

Dua minit kemudian, Harimau Muda tambah tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Wan Zaharulnizam menerima kad merah akibat mengasari pemain lawan.

Turut tersenarai dalam kumpulan C ialah Algeria.

Malaysia dijadual menentang Algeria pada Rabu.

Algeria tidak muncul pada perlawanan pertama menentang Great Britain.

Sementara itu, pengurus pasukan Malaysia Profesor Datuk Abdullah Mohamad Said berkata, permohonan Harimau Muda A untuk membawa pemain Sarawak Junior Eldstal dan pemain Johor Darul Takzim Muhd Nazri Ahmad ditolak panel jawatankuasa penganjur.

"Kita membuat pemohonan kepada jawatankuasa teknikal, mereka minta kita kemukakan dua nama, jadi kita senaraikan Muhd Nazri dan Junior.

"Tapi hari ini, pukul 4 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia) jawatankuasa teknikal membuat keputusan bahawa permohonan berkenaan tidak diluluskan tanpa memberi sebarang alasan," katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa itu juga tidak memanggil wakil pasukan ke mesyuarat itu.

"Kini kami terpaksa mengharungi perlawanan dengan baki pemain yang ada," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan