Paulinho Sah Sertai Spurs

Diterbitkan: Ahad, 7 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Paulinho
Paulinho

PEMAIN antarabangsa Brazil yang sedang mencipta nama, Paulinho secara rasmi menjadi pemain Tottenham Hotspurs pada Sabtu.

Spurs membeli pemain tengah dari Corinthians itu pada harga £17 juta.

Paulinho, yang menjadi tonggak utama Brazil yang menjuarai Piala Konfederasi minggu lalu berjaya menjalani ujian perubatan tanpa masalah pada awal pagi Sabtu.

Pemain berusia 24 tahun itu tiba di London pada Khamis dan terus mengadakan pertemuan dengan pengurus barunya, Andre Villas-Boas dan Pengerusi Spurs, Daniel Levy.

Paulinho telah menjaringkan 34 gol dalam 167 perlawanan untuk Corinthians termasuklah bermain dalam perlawanan akhir Piala Kelab Dunia menumpaskan Chelsea Disember tahun lalu.

Pemain itu juga telah mewakili Brazil sebanyak 17 kali dan menjaringkan lima gol.

Profil Paulinho:

Nama Penuh: Jose Paulo Bezerra Maciel Junior

Lahir: 25 Julai 1988

Wakili Brazil: 17 kali

Gol Untuk Brazil: 5 kali

Tags / Kata Kunci: Paulinho , pemain Tottenham Hotspurs

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan