Kekurangan Pemain Terus Hantui Jurulatih Harimau Muda A

Diterbitkan: Sabtu, 6 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAZAN, (Russia): Masalah kekurangan pemain skuad Harimau Muda A terus menghantui jurulatih Ong Kim Swee apabila berdepan dengan Great Britain pada temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade 2013) di sini, Isnin ini.

Kim Swee hanya mempunyai 13 pemain untuk tampil dengan strategi lebih berkesan untuk mengutip mata penuh ke atas Great Britain selepas skuad negara mengejutkan Itali 2-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C pada Jumaat.

Jurulatih itu berkata beliau akan berbincang dengan penganjur untuk memberi kelonggaran mendaftar beberapa pemain baharu bagi menyelesaikan kemelut pasukan itu.

"Ini adalah pengajaran kepada semua pihak sebab lebih awal lagi saya sudah menyuarakan masalah kekurangan pemain sebelum datang ke sini," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Skuad bola sepak negara dibarisi 14 pemain Harimau Muda A dan tiga pemain luar iaitu K. Reuben daripada pasukan ATM, K. Prabakaran (Sime Darby) dan Nazirul Naim Che Hashim, pemain kelab Jepun, FC Ryukyu.

Bagaimanapun, pemain tengah Wan Amirzafran Nadriz tidak dapat diturunkan sepanjang Universiade 2013 akibat masalah kecederaan.

Lebih mengecewakan lagi apabila pemain pertahanan Nazirul Naim Che Hashim mengalami kecederaan di bahagian paha manakala penjaga gol utama Mohd Izham Tarmizi Roslan dan pemain tengah Syahrul Azwari Ibrahim dibuang padang ketika menentang Itali.

Malaysia disenaraikan dalam kumpulan tersebut bersama Itali, Great Britain dan Algeria.

Dalam perkembangan berkaitan, Great Britain mendapat kemenangan percuma apabila Algeria tidak muncul pada hari perlawanan semalam.

Kim Swee berkata sekiranya Algeria disahkan tarik diri maka Malaysia mempunyai peluang untuk menduduki dua tempat teratas dalam kumpulan, sekali gus layak ke pusingan suku akhir.

Malaysia dijadual menentang Algeria, Rabu ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan