Harimau Muda A Baham Itali 2-0

Diterbitkan: Sabtu, 6 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAZAN, (Rusia): Harimau Muda A membuat kejutan apabila meraih kemenangan pertama menundukkan Itali 2-0 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) ke-27, di sini Jumaat malam.

Pemain Harimau Muda, A.Thamil Arasu membuka tirai jaringan apabila melepasi dua pemain pertahanan Itali untuk meletakkan skuad negara di hadapan dengan 1-0, pada minit ke-20 perlawanan yang berlangsung di Stadium Raketa, 8 malam waktu tempatan (12 tengah malam waktu Malaysia).

Pada babak kedua perlawanan, lima pemain negara dilayangkan kad kuning sekaligus menambah ketegangan kedua-dua pasukan sehingga kad merah pertama dilayang kepada pemain Itali, Andrea Settembrini kerana mengasari pemain negara D.Saarvindran pada minit ke-67.

Tujuh minit kemudian skuad negara dikejutkan dengan tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada penjaga gol utama negara, Mohd Izham Tarmizi Roslan kerana kesalahan menarik pemain lawan ketika mahu menyelamatkan bola dalam kotak penalti.

Pengendali Harimau Muda Ong Kim Swee terpaksa mengeluarkan pemainnya Ahmad Hazwan Bakri dengan memasukkan penjaga gol kedua negara Mohd Farhan Abu Bakar bagi mengantikan Mohd Izham.

Kemasukan Mohd Farhan nyata tidak mengecewakan apabila menyelamatkan gawang pintu gol negara daripada dibolosi sepakan penalti pemain Itali, Manuel Ricci.

Lima minit kemudian skuad negara sekali lagi menerima cabaran hebat apabila pemain mereka, Syahrul Azwari Ibrahim dilayangkan kad merah kedua pada minit ke-78 sekaligus menghadiahkan sepakan penalti buat lawan.

Mohd Farhan sekali lagi bertindak cemerlang menafikan sepakan pemain Itali, Andrea Burato.

Meskipun terpaksa beraksi dengan sembilan pemain, benteng pertahanan skuad negara tetap kukuh apabila menggagalkan beberapa peluang percubaan lawan membuat jaringan.

Pasukan Itali yang berkelebihan satu pemain menjadi lebih tertekan untuk mencari gol penyamaan dengan bertindak mengasari pemain lincah negara Wan Zaharulnizam Wan Zakaria di hadapan pintu gol mereka sekaligus menghadiahkan sepakan penalti buat skuad negara disempurnakan Saarvindran pada minit ke-86 yang menyumbang gol kedua bagi Malaysia.

Malaysia disenaraikan dalam kumpulan C bersama Itali, Great Britain dan Algeria.

Perlawanan kedua menentang Great Britain dijadual berlangsung Isnin ini (8 Julai). BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan