Kemenangan Piala Konfederasi Kembalikan Brazil Pada Kedudukan 10 Teratas FIFA

Diterbitkan: Khamis, 4 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasukan Brazil meraikan kemenangan mereka pada perlawanan akhir Piala Konfederasi ketika menentang Sepanyol di Estadio Maracana di Rio de Janeiro pada 30 Jun lalu. Foto REUTERS
Pasukan Brazil meraikan kemenangan mereka pada perlawanan akhir Piala Konfederasi ketika menentang Sepanyol di Estadio Maracana di Rio de Janeiro pada 30 Jun lalu. Foto REUTERS

LAUSANNE, Switzerland: Juara dunia lima kali, Brazil kembali melonjak dalam kedudukan 10 teratas FIFA selepas memenangi Piala Konfederasi pada bulan lepas.

Brazil yang merosot dengan rekod rendah pada kedudukan ke-22 dan berada di luar kedudukan 10 dalam genap setahun, melonjak kepada tangga kesembilan selepas memenangi kesemua lima permainan mereka pada perlawanan yang mereka anjurkan.

Kedudukan mereka turut dibantu oleh kemenangan 3-0 ketika menentang Perancis dalam perlawanan pemanas badan.

Kedudukan Brazil yang rendah telah menjadi satu gabungan kepada keputusan baru-baru ini yang tidak memberangsangkan dan mereka kurang bersaing di peringkat antarabangsa.

Sebelum Piala Konfederasi, Brazil, yang layak secara automatik untuk Piala Dunia tahun depan sebagai penganjur, menghabiskan masa sejak dua tahun lepas dengan bermain dalam perlawanan sahabat, yang mengutip mata lebih sedikit di bawah sistem pengiraan kompleks.

Juara Oceania, Tahiti merosot 16 tangga, dari kedudukan ke-138 kepada 154, selepas kalah dalam kesemua tiga permainan dan mengakui kekalahan dengan 24 jaringan pada Piala Konfederasi.

Kedudukan itu terus memalukan bagi bacaan untuk Asia, dengan pasukan yang berada pada kedudukan tertinggi iaitu Jepun menjunam kepada tangga ke-37.

Australia dan Korea Selatan merupakan dua lagi pasukan konfederasi Asia yang hanya berada dalam kedudukan 50 teratas.

Sepanyol kekal berada paling atas walaupun tewas di tangan Brazil dengan 3-0 pada perlawanan akhir Piala Konfederasi, manakala Jerman kekal berada di tangga kedua dan Colombia melonjak pada tangga ketiga.

Antara yang mencapai kedudukan tertinggi ialah Bosnia (ke-14), Peru (ke-19), Albania (ke-37), Cape Verde (ke-49), Dominican Republic (ke-90), Tajikistan (ke-106) dan Guam (ke-176). - REUTERS

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan