Skuad Harimau Muda B Yakin Beri Saingan Sengit Menentang Itali - Kim Swee

Diterbitkan: Rabu, 3 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAZAN (Russia): Skuad Harimau Muda A optimis dapat memberikan saingan sengit kepada Itali pada perlawanan pembukaan Kumpulan C pada temasya Sukan Universiti Dunia ke-27 (Universiade 2013) di sini, Jumaat ini.

Meskipun akur bertemu dengan pasukan lawan yang mempunyai budaya bola sepak yang tinggi namun jurulatih skuad negara Ong Kim Swee mahu kesemua 17 pemain dalam skuad itu memberi tumpuan sepenuhnya dalam setiap perlawanan.

Malaysia disenaraikan bersama Itali, Great Britain dan Alegria dalam kumpulan itu.

"Saya tidak lihat pada perlawanan bertemu Itali sahaja, tetapi semua perlawanan. Pemain yang ada perlu fokus dan berharap tidak akan ada yang mengalami kecederaan ketika hari perlawanan," katanya kepada pemberita di Stadium Rubin di sini, Rabu.

Kim Swee berkata, beliau hanya mempunyai 17 pemain sahaja berikutan beberapa pemain tidak mendapat kelulusan penganjur kerana melepasi had umur yang ditetapkan.

Selain itu, katanya pemain tengah Wan Amirzafran Nadriz tidak dapat diturunkan Jumaat ini kerana mengalami kecederaan dan masih dalam proses pemulihan selama seminggu.

Selepas pertemuan dengan Itali, Malaysia akan berdepan dengan Great Britain pada Isnin ini dan Alegria pada Rabu depan.

Skuad bola sepak negara dibarisi oleh 14 pemain Harimau Muda A dan tiga pemain luar iaitu K. Reuben dari pasukan ATM, K. Prabakaran (Sime Darby) dan Nazirul Naim Che Hashim, pemain kelab Jepun, FC Ryukyu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan