Paul Ince Sahkan Anaknya Terima Tawaran Berpindah Ke Cardiff City

Diterbitkan: Isnin, 1 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Thomas Ince. Foto Skysports.com
Thomas Ince. Foto Skysports.com

PENGURUS BLACKPOOL, Paul Ince mengesahkan yang kelab itu telah menerima tawaran daripada Cardiff City untuk membeli anaknya, Thomas Ince pada harga £8 juta.

Ince, 21, sebelum ini dikaitkan dengan Liverpool dan juga Manchester United.

Bapanya yang merupakan bekas kapten United lebih cenderung untuk melihat pemain Bawah-21 Tahun England itu bermain untuk kelab lamanya.

Bagaimanapun, sejak Sir Alex Ferguson bersara, percakapan mengenai perpindahan tersebut menjadi layu.

Cardiff milik taikun Malaysia, Tan Sri Vincent Tan baru sahaja dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris dan memerlukan beberapa pemain baru untuk memperkukuhkan skuad sedia ada.

Ince telah menjaringkan 18 gol untuk Blackpool musim lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan