Moyes Bawa Rakan-Rakan Di Everton Ke Manchester United

Diterbitkan: Isnin, 1 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pengurus Manchester United yang baharu, David Moyes telah membawa bekas pembantunya di Everton, Steve Round untuk membantunya dalam meraih kejuaraan Liga Premier.

Kenyataan United, pada Isnin menyatakan bahawa Round, 42, telah dilantik sebagai penolong pengurus manakala Chris Woods menyertai kelab itu sebagai jurulatih penjaga gol dan Jimmy Lumsden sebagai jurulatih.

Woods sebelum ini merupakan jurulatih penjaga gol Everton manakala Lumsden pernah menjadi sebahagian daripada kakitangan Moyes sejak mereka bersama-sama di Preston North End.

"Saya telah bekerja dengan Steve, Chris dan Jimmy untuk beberapa tahun dan saya gembira mereka telah membuat keputusan untuk menyertai saya di kelab terkemuka ini," Moyes memberitahu laman web United (www.manutd.com).

"Mereka membawa kualiti yang besar dalam bidang masing-masing dan saya tahu, seperti saya, mereka merasakan ini adalah satu cabaran untuk dinikmati. Saya mempunyai kepercayaan yang tinggi bahawa kami bersama-sama boleh membina kejayaan kelab yang telah dikecapi selama bertahun-tahun."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan