Piala Konfederasi: Sepanyol-Brazil Mara Ke Final

Diterbitkan: Jumaat, 28 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Navas memabawa pasukan Sepanyol mara ke final Piala Konfederasi.
Navas memabawa pasukan Sepanyol mara ke final Piala Konfederasi.

PASUKAN pilihan, Sepanyol mara ke final bertemu Brazil pada aksi Piala Konfederasi selepas meraih kemenangan penuh dramatik menumpaskan Itali secara sepakan penalti 7-6 pada aksi separuh akhir di Fortaleza awal pagi Jumaat.

Pemain gantian, Jesus Navas melakukan sepakan penalti terakhir selepas pemain pertahanan Itali, Leonardo Bonucci gagal melakukan sepakan tepat.

Pada aksi perlawanan tersebut, Itali dilihat mendominasikan pada babak pertama sebelum Sepanyol bangkit mencari peluang menjaringkan gol separuh masa kedua.

"Mereka berada di posisi terbaik, lebih-lebih lagi ketiga separuh masa pertama.

"Namun kami tidak mengalahkan dan cuba menunjukkan kekuatan yang seimbang.

"Kami menjadi lebih baik ketika aksi masa tambahan, malah kami mempunyai peluang untuk menjaringkan gol, tetapi sebaliknya.

"Kamu tidak boleh mencuba untuk melakukan penalti, tetapi kamu perlu mendapatkannya," jelas jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque.

Sementara itu, jurulatih Itali, Cesare Prandelli berkata, perlawanan kali ini lebih baik berbanding ketika ditewaskan 4-0 oleh juara dunia itu pada final Euro 2012.

"Perlawanan ini sangat menarik dan kami melaluinya dengan baik, kecuali keputusan penuh.

"Sepanyol berada di depan dan kami perlu meneruskan rentak sendiri.

"Saya yakin kami berada di landasan yang betul," jelasnya.

Sepanyol bakal berdepan dengan Brazil yang turut menewaskan Uruguay 2-1 pada aksi satu lagi separuh akhir sebelum ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan