Hamidin Dilantik Setiausaha Agung FAM Yang Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 28 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sultan Ahmad Shah (kanan) bersama Azzuddin ketika sidang media pengumuman Setiausaha Agung FAM baharu, di TUDM Subang, Khamis. Foto: AZLINA ABDULLAH/The Star.
Sultan Ahmad Shah (kanan) bersama Azzuddin ketika sidang media pengumuman Setiausaha Agung FAM baharu, di TUDM Subang, Khamis. Foto: AZLINA ABDULLAH/The Star.

SUBANG JAYA: Teka-teki mengenai siapa yang bakal memikul tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terjawab apabila Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik secara rasmi untuk jawatan tersebut.

Presiden persatuan, Sultan Ahmad Shah telah mengumumkan perlantikan tersebut dalam satu sidang media khas pada Khamis.

Dengan perlantikan ini, secara automatiknya tugas Hamidin sebagai Naib Presiden Persatuan FAM,Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, serta jawatan di Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) terpaksa dilepaskan.

"Selepas berfikir panjang serta berbincang, saya mengumumkan Hamidin akan mengambil alih tugas Satiausaha Agung di FAM, mengggantikan Datuk Azzuddin Ahmad yang akan berpindah memulakan tugas baru dalam Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) bermula 1 Julai ini.

"Dan kalau boleh saya mahu beliau (Hamidin) memulakan tugas ini secepat mungkin," jelasnya.

Azzuddin bakal memulakan tugas sebagai Setiausaha Agung AFF bermula 1 Julai ini bagi menggantikan bekas Setiausaha Agung badan induk itu, Datuk Seri Paul Mony Samuel.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada media yang telah memberi kerjasama dan bantuan kepadanya terutama dari segi liputan sukan bola sepak negara sejak menjawat jawatan Setiausaha Agung FAM pada 17 September 2007.

"Saya mengambil iktibar daripada semua kritikan yang membina dan menerima semua kritikan negatif dengan hakikat bahawa dalam apa jua isu wujudnya pendapat dan fahaman yang berlainan.

"Saya akan melapor tugas baharu minggu depan selepas selesai serah tugas kepada Hamidin.

"Saya percaya Hamidin akan teruskan usaha yang lebih baik untuk pertingkatkan lagi bagi pihak sekretariat dan percaya dengan pengalaman yang sangat luas serta hubungan yang sangat mesra dengan pihak media, beliau dapat mencapai kejayaan yang lebih tinggi," jelas Azzuddin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan