Piala Konfederasi: Brazil Mara Ke Final Selepas Tewaskan Uruguay - Bola Sepak | mStar

Piala Konfederasi: Brazil Mara Ke Final Selepas Tewaskan Uruguay

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BELO HORIZONTE (Brazil): Paulinho menjadi penyelamat kepada Brazil apabila berjaya menjaringkan gol hanya empat minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Jaringan tersebut telah membawa Brazil ke final Piala Konfederasi selepas menang 2-1 ke atas Uruguay awal pagi Khamis.

Uruguay terlepas peluang keemasan apabila penyerangnya Diego Forlan gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-13.

Sepakan penalti diberikan selepas David Luiz mengasari Diego Lugano.

Permainan memihak kepada Brazil pada separuh masa pertama apabila Fred menyumbat gol pertama pada minit ke-40.

Namun Uruguay pantas menyamakan kedudukan tiga minit selepas bermula babak kedua menerusi Edinson Cavani yang berjaya membolosi barisan pertahanan tuan rumah yang cuai.

Brazil yang terus mengasak lawan memperoleh peluang terbaik apabila sepakan sudut yang diambil Neymar pantas ditanduk Paulinho ke dalam gawang Uruguay pada minit ke-86.

Brazil akan menunggu pemenang dalam pertemuan separuh akhir Sepanyol menentang Itali pada aksi final nanti.

Tags / Kata Kunci: Paulinho , Brazil , Piala Konfederasi , Uruguay
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan