Ancelotti Berbesar Hati Akhirnya Sertai Real Madrid

Diterbitkan: Khamis, 27 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ancelotti ketika bercakap pada sidang media. Foto AFP
Ancelotti ketika bercakap pada sidang media. Foto AFP

MADRID: Pengurus baru Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata, beliau berbesar hati akhirnya dapat memulakan peranan barunya dalam pasukan itu.

Beliau yang merupakan warga Itali itu akhirnya mengesahkan menjadi pengganti Jose Mourinho pada Selasa, 24 jam selepas Mourinho meninggalkan Madrid untuk menjadi pengurus Chelsea.

“Saya sangat gembira berada di sini (Real Madrid),” katanya di hadapan media buat pertama kali pada Rabu.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada presiden kerana beliau berusaha keras untuk membawa saya ke sini.”

Ancelotti berhadapan dengan tugas yang sukar untuk melonjakkan skuad Madrid yang berbakat daripada kekecewaan dalam musim yang lepas di mana mereka gagal untuk memperoleh kemenangan utama dan berakhir dengan beberapa siri perselisihan antara Mourinho dengan beberapa anggota senior pasukan itu.

Bagaimanapun, beliau yang berusia 54 tahun itu tidak mempercayai perselisihan itu yang memberi kesan pada pasukan itu pada musim yang lepas terbawa-bawa sehingga beliau mengambil alih jawatan pengurus.

“Mourinho merupakan pengurus yang hebat dan saya begitu menghormatinya. Bagi saya, beliau mempunyai karakter yang berbeza, tetapi saya semenangnya menghormati beliau.

“Saya tidak tahu apa yang telah berlaku di sini tahun lepas. Ia merupakan permulaan yang baru buat saya juga para pemain. Saya tidak fikir akan terdapat sebarang masalah.

“Saya mahu mempunyai hubungan yang baik dengan pemain-pemain saya. Saya sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan mereka. Saya tidak fikir Madrid memerlukan pendamai,” katanya.

Dalam pada itu, Ancelotti turut mengesahkan lagenda kelab itu, Zinedine Zidane akan menjadi pembantunya.

"Beliau (Zidane) merupakan pemain yang begitu hebat. Beliau telah memutuskan untuk mempunyai peranan sebagai pengurus dan beliau akan menjadi pembantu yang amat baik," kata Ancelotti. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan