City Setuju Jual Tevez Kepada Juventus - Bola Sepak | mStar

City Setuju Jual Tevez Kepada Juventus

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tevez bakal menyarung jersi Juventus musim depan.
Tevez bakal menyarung jersi Juventus musim depan.

PROSES rundingan Manchester City dengan Juventus untuk Carlos Tevez akhirnya terjawab apabila 'The Citizens' bersedia menjual penyerang asal Argentina itu kepada Juventus.

City dikatakan sepakat menjual bintang berusia 29 tahun itu dengan harga 9 juta poundsterling dengan tambahan bonus 3 juta poundsterling seandainya Juventus menjuarai liga dan mencapai semi final Liga Juara-Juara musim depan.

Kini, Tevez hanya menunggu ujian kesihatan untuk melengkapi proses perpindahan tersebut.

Seandainya dia lulus ujian tersebut pemain itu sah akan menyarung jersi Juventus musim depan.

Sebelumnya ini wakil Juventus telah diterbangkan ke England bertemu dengan wakil City untuk membincangkan perkara ini.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan