Ancelotti Pengurus Baru Real, Blanc Kemudi PSG

Diterbitkan: Rabu, 26 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Carlo Ancelotti
Carlo Ancelotti

CARLO Ancelotti dilantik sebagai pengurus baru Real Madrid manakala Laurent Blanc disahkan sebagai pengganti beliau di Paris Saint-Germain (PSG).

Real Madrid telah melantik Ancelotti sebagai pengurus baru mereka, kata kelab gergasi Sepanyol itu pada Selasa.

Bekas pengurus Paris St Germain itu menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Real.

Tugasnya di Paris digantikan oleh Blanc, 47, yang meninggalkan jawatannya sebagai jurulatih Perancis selepas penyingkiran skuad tersebut pada aksi suku akhir Euro 2012.

Ancelotti, 54, dikaitkan dengan kerusi panas tersebut sejak pemergian Mourinho.

Beliau pernah meminta untuk meninggalkan PSG tetapi perjanjian itu tertangguh sehingga juara Perancis itu menemui pengganti.

PSG mengumumkan mereka telah mempersetujui perjanjian selama dua tahun dengan Blanc.

Persetujuan itu diumumkan pada waktu sama ketika Real mengumumkan pelantikan Ancelotti.

Media Sepanyol melaporkan Real akan membayar pampasan sekitar empat juta euro kepada PSG untuk baki kontrak Ancelotti bersama kelab Perancis itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan