KBS Disaran Beri Perhatian Khusus Pembangunan Bola Sepak Peringkat Akar Umbi

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mewujudkan satu kaedah program pembangunan bola sepak, terutama yang melibatkan usia bawah 12 tahun dalam usaha memberi impak positif kepada sukan itu dalam jangka masa yang panjang.

Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata program itu dapat melahirkan pemain yang bermutu dan berkualiti di peringkat negeri dan kebangsaan.

Selain itu, KBS juga diharapkan dapat menimbang memberikan bantuan secara terus kepada persatuan bolasepak negeri, dan mendakwa bahawa "kadangkala banyak tapisan dan ada yang tak sampai kepada persatuan untuk program pembangunan," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan skuad belia Kelantan yang muncul naib johan pertandingan Piala Belia di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, setiap pemain diberi token penghargaan berupa wang tunai RM500, sebuah telefon bimbit pintar edisi The Red Warriors daripada Ninetology dan sijil penghargaan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Annuar yang pernah aktif dalam sukan bola sepak di negeri itu, berkata tekanan untuk bayaran gaji selepas bola sepak profesional diperkenalkan telah menyebabkan program pembangunan terbantut.

Mengulas mengenai lima pemain skuad tersebut yang dilamar pasukan bawah 18 tahun negara, Harimau Muda C, Annuar yang juga Presiden Kafa yang digantung selama dua tahun setengah sejak tahun lepas, berkata walaupun ia satu kebanggaan Kafa, namun skil pemain-pemain daripada Akademi Bola Sepak Al-Hamra Red Warrior (Army) tersebut masih di tahap biasa.

"Sementara kita bangga dan syukur dengan ada tanda-tanda hasil daripada program Army itu, tapi kita masih rasa ia tak cukup. Kita masih mahu melihat turun ke peringkat umur yang lebih bawah.

"Kalau kita ada kemampuan kewangan dan ada bantuan, kita akan dapat ambil langkah berani dengan mengambil jurulatih yang berkualiti untuk melatih bakat-bakat baharu di peringkat akar umbi untuk mempertajam skil dan kemahiran mereka," katanya.

Antara lima pemain yang disebut-sebut bakal menyarung jersi bersama Harimau Muda C tersebut adalah Mohd Fazilah Pauzi, Amirul Asyraf Din, Mohd Shahrul Rahma (rpt Rahma), Mohd Noor Syazwan Kamaruddin dan Kalamullah al-Hafiz Mat Rowi. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan