Piala Konfederasi: Neymar Bawa Brazil Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Khamis, 20 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG BRAZIL, Neymar sekali lagi menjadi katalis dengan persembahan yang menyakinkan untuk membawa negaranya ke separuh akhir Piala Konfederasi dengan mengalahkan Mexico 2-0.

Perlawanan yang berlangsung di Fortaleza, Brazil itu mengundang lebih 60,000 peminat.

Yang lebih memberansangkan ialah, ini adalah kemenangan Brazil yang pertama ke atas Mexico dalam satu perlawanan yang kompetatif dalam tempoh sembilan tahun.

Tidak ada pasukan dari Amerika Latin yang berjaya menjinakkan Brazil sepertimana yang dilakukan Mexico. Mereka telah memenangi enam dari tujuh perlawanan kompetatif sebelum ini.

Ia adalah juga kemenangan yang ketiga berturut-turut buat jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari sejak mengendalikan skuad kebangsaan semula.

Namun Neymar sekali lagi sepertimana yang dijangkakan mencuri perhatian ramai menerusi jaringannya yang kedua dalam kejohanan ini dan yang ke-22 dalam 25 perlawanan mewakili Brazil.

Malah dia juga turut terlibat dalam jaringan kedua yang dihasilkan oleh pemain gantian Jo.

Pemain muda berusia 21 tahun itu juga turut menyamai rekod jaringan dua lagi legenda Brazil iaitu Jair (1940-1950) dan Socrates (1979-1986).

Mexico, sebaliknya cuba mengembalikan rentak permainan mereka selepas 15 minit perlawanan berlangsung tetapi gagal menguji penjaga gol Brazil, Julio Cesar.

SENARAI PEMAIN: BRAZIL:

Julio Cesar; Alves; Thiago Silva; David Luiz; Marcelo; Oscar (Hernanes - 61); Dias; Paulinho; Fred (Jo - 82); Neymar; Hulk (Lucas Moura - 78). SIMPANAN: Jefferson; Cavalieri; Dante; Filipe; Rever; Fernando; Lucas Moura; Hernanes; Jean; Bernard; Jadson; Jo.

MEXICO:

Corona; Rodriguez; Salcido; Moreno; Torres (Barrera - 70); Mier; Flores (Herrera - 58); Torrado (Jimenez - 88); Guardado; Giovani; Hernandez. SIMPANAN: Ochoa; Talavera; Reyes; Meza; Molina; Barrera; Reyna; Aquino; Herrera; Zavala; De Nigris; Jimenez.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan