Piala Konfederasi: Itali Tempah Tiket Ke Separuh Akhir Kalahkan Jepun 4-3

Diterbitkan: Khamis, 20 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NAIB Juara Piala Eropah, Itali menempah tiket ke separuh akhir Piala Konfederasi setelah menumpaskan Jepun 4-3 di hadapan lebih 40,000 peminat.

Yang paling menarik ialah, Jepun seolah-olah sedang dalam perjalanan untuk mencatatkan satu keputusan di luar dugaan dengan mendahului 2-0 menerusi sepakan penalti Keisuke Honda dan kemudian jaringan cantik Shinji Kagawa.

Tetapi Itali memberi respon dengan penuh bergaya apabila Daniele De Rossi menanduk masuk gol pertama mereka diikuti jaringan sendiri Atsuto Uchida dan selepas itu penalti Mario Balotelli menjadikan kedudukan 3-2.

Jepun kemudian bertindak balas menerusi jaringan Shinji Okazaki.

Mereka tidak bernasib baik apabila satu lagi percubaan terkena palang gol untuk menafikan tambahan gol.

Sebaliknya Sebastian Giovinco menjaringkan gol keempat Itali sekaligus menjahanamkan apa jua semangat yang masih berbaki pada pemain-pemain Jepun.

Lebih-lebih lagi ketika perlawanan hanya berbaki lapan minit dua percubaan dari Okazaki dan kemudian Kagawa sekali lagi dihalang oleh palang dan tiang gol.

Memang malang sungguh nasib Jepun.

Namun begitu Kagawa telah dipuji sebagai bintang paling menyerlah dalam kejohanan ini sekaligus meletakkannya dalam senarai salah seorang bintang yang akan menyinar pada kejohanan Piala Dunia juga di Brazil pada tahun depan.

SENARAI PEMAIN:

ITALI: Buffon; Maggio (Abate - 59); Chiellini; De Sciglio; Barzagli; Aquilani (Giovinco - 30);De Rossi; Montolivo; Pirlo; Giaccherini (Marchisio - 68); Balotelli. SIMPANAN: Sirigu; Marchetti; Astori; Bonucci; Abate; Candreva; Marchisio; Cerci; Diamanti; Giovinco; Gilardino; El Shaarawy.

JEPUN:; Kawashima; Nagatomo; Uchida (Sakai - 73); Konno; Yoshida; Honda; Endo; Kagawa; Hasebe (Nakamura - 90); Okazaki; Maeda (Havenaar - 79). SIMPANAN:; Nishikawa; Gonda; Inoha; Sakai; Kurihara; Sakai; Kiyotake; Hosogai; Nakamura; Inui; Takahashi; Havenaar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan