Hero Baru Sepanyol Thiago Alcantara Sertai United?

Diterbitkan: Khamis, 20 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Thiago Alcantara
Thiago Alcantara

APAKAH benar hero baru Sepanyol, Thiago Alcantara akan menyertai Manchester United pada musim baru nanti?

Setelah menjaringkan tiga gol pada perlawanan akhir kejohanan Negara-Negara Eropah Bawah-21 Tahun hujung minggu lalu untuk menumpaskan Itali 4-2, penjaga gol United David De Gea telah menulis kata-kata yang mencetuskan spekulasi baru itu di atas bola kemenangan mereka.

De Gea yang turut bermain dalam perlawanan akhir itu dan mencatat sejarah merangkul kejuaraan Eropah Bawah-21 Tahun buat kali kedua, telah menulis kata-kata yang mengalu-alukan kedatangan Alcantara ke Manchester.

Thiago dirakam memegang bola kemenangan mereka pada perlawanan akhir itu dengan mesej yang tertera di atas bola berbunyi; 'Nos Vamos en Manchester’ — yang membawa maksud ‘jumpa anda di Manchester nanti’.

Kata-kata itu ditulis oleh De Gea. Selain De Gea semua pemain Sepanyol turut menurunkan tanda tangan mereka ke atas bola berkenaan.

Bola itu kemudiannya dihadiahkan kepada Alcantara.

Sebelum ini, pihak media telah pun membuat spekulasi yang mengaitkan Thiago Alcantara dengan pengurus baru United, David Moyes yang sememangnya mahu memperkukuhkan posisi yang akan dikosongkan oleh Paul Scholes yang telah pun mengumumkan persaraannya.

Isunya sekarang ialah sama ada Barcelona mahu melepaskan pemain tengah paling berharga mereka kepada pesaing seperti United.

Namun De Gea kini dikatakan menjadi pendorong utama kepada Thiago, 22, untuk menyertainya di Old Trafford.

Harga perpindahan untuk pemain Sepanyol itu ditafsirkan sekitar £15 juta.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan