David Moyes Berhadapan 5 Perlawanan Pertama Yang Sukar

Diterbitkan: Khamis, 20 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DAVID MOYES akan memulakan karier barunya sebagai pengurus Manchester United berhadapan dengan lima perlawanan sukar termasuk perlawanan pembukaan menentang Swansea di tempat lawan pada 17 Ogos nanti.

United kemudiannya akan menerima kunjungan Chelsea pada minggu berikutnya diikuti pula perlawanan menentang Liverpool selepas itu dan kemudian Crystal Palace serta musuh tradisi dan jiran mereka City.

Manakala Jose Mourinho pula akan memulakan kehidupan keduanya di Chelsea dengan menerima kedatangan pasukan yang baru dinaikkan, Hull City juga pada 17 Ogos.

Seorang lagi pengurus baru, Manuel Pellegrini akan mengepalai Naib Juara, Manchester City menerima kunjungan Newcastle United di Stadium Etihad.

Sebuah lagi kelab yang baru dinaikkan ke Liga Perdana, Cardiff akan bermain menentang West Ham di London dan Crystal Palace pula menjadi hos kepada sebuah lagi kelab London, Tottenham Hotspurs.

Pengurus baru Everton, Roberto Martinez yang mengantikan Moyes, akan membawa pasukannya ke Norwich pada hari pembukaan musim manakala Liverpool menjadi hos kepada pasukan kendalian Mark Hughes, Stoke City di Anfield.

Arsenal memulakan kempen baru mereka menentang Aston Villa di tempat sendiri, Sunderland menjadi hos kepada Fulham dan Southampton berkunjung ke West Brom.

BERIKUT DISENARAIKAN LIMA PERLAWANAN PERTAMA DI BAWAH DAVID MOYES PADA MUSIM BARU NANTI:

17 Ogos: Swansea (tempat lawan)

24 Ogos: Chelsea (tempat sendiri)

31 Ogos: Liverpool (tempat lawan)

14 September: Crystal Palace (tempat sendiri)

21 September: Manchester City (tempat lawan)

BERIKUT PULA ADALAH SENARAI PERLAWANAN DI HARI PEMBUKAAN MUSIM PADA 17 OGOS NANTI:

Arsenal v Aston Villa

Chelsea v Hull

Crystal Palace v Tottenham

Liverpool v Stoke

Man City v Newcastle

Norwich v Everton

Sunderland v Fulham

Swansea v Man Utd

West Brom v Southampton

West Ham v Cardiff

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan