Capello Pula Tolak Pelawaan PSG

Diterbitkan: Khamis, 20 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS PENGURUS Real Madrid yang kini mengendalikan skuad kebangsaan Rusia, Fabio Capello menjadi jurulatih terbaru yang menolak pelawaan Paris Saint-Germain (PSG)untuk mengurus kelab berkenaan.

PSG yang merupakan juara Perancis kini dalam proses mencari penganti Carlo Ancelotti yang dijangka menyertai Real Madrid musim depan.

Madrid kini tanpa pengurus selepas Jose Mourinho memilih untuk kembali membimbing kelab kesayangannya Chelsea.

Anak lelaki Capello, Pierfilippo Capello yang merupakan seorang peguam dan bertindak sebagai ejennya mengesahkan perkara itu.

Pierfilippo telah dilaporkan berunding dengan Presiden PSG, Nasser al Khelaifi serta Pengarah Bolasepak PSG, Leonardo.

Sebelum ini, Pengurus Tottenham Hotspur, André Villas-Boas telah menolak pelawaan yang sama.

Untuk mendapatkan Capello, 67, PSG sanggup membayar pampasan berjumlah £2.6 juta kepada Persekutuan Bolasepak Rusia.

Mereka juga sebelum ini sanggup membayar sehingga £10 juta kepada Spurs untuk mendapatkan khidmat Villas-Boas.

Permintaan tersebut ditolak oleh Spurs setelah Villas-Boas sendiri mahu meneruskan apa yang telah dia rancangkan di kelab London itu.

Dengan Roberto Mancini tidak lagi menarik minat PSG, kelab itu dilaporkan melihat alternatif lain antaranya nama-nama seperti Michael Laudrup, Marco van Basten, Frank Rijkaard malah Claude Makelele, yang kini merupakan salah seorang daripada tenaga kejurulatihan mereka.

Carlo Ancelotti telah membimbing PSG merangkul kejuaraan liga yang pertama dalam tempoh 19 tahun tetapi kekosongan di Madrid telah mencuri perhatiannya dan siapa yang tidak mahu berkhidmat dengan salah sebuah kelab yang terbesar di dunia.

Tetapi dalam kes di PSG pula ramai jurulatih enggan mengambil risiko untuk meninggalkan pekerjaan mereka sekarang kerana khuatir kedudukan mereka hanya sekadar memanaskan kerusi untuk jangkamasa pendek sahaja.

Ini kerana semua sedar yang PSG benar-benar mahukan ialah Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tetapi khidmatnya hanya boleh diperolehi setahun dari sekarang.

Al-Khelaifi yang juga merupakan Pengurus Besar stesen televisyen kabel al-Jazeera Sport, diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Wenger malah telah mengambil dia bekerja sebagai pengulas sambilan di stesen televisyen itu.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan