Andy Carroll Berpindah Dari Liverpool Ke West Ham

Diterbitkan: Khamis, 20 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Andy Carroll
Andy Carroll

PENYERANG LIVERPOOL, Andy Carroll akhirnya menyertai West Ham secara kekal dengan menandatangani kontrak enam tahun dan gaji sebanyak £100,000 seminggu - sekaligus menjadikannya salah seorang pemain Inggeris dengan pendapatan tertinggi dalam Liga Perdana.

Sepanjang musim lalu, penyerang antarabangsa England itu telah dipinjamkan ke West Ham oleh Liverpool dengan harapan ia akan menjadi perpindahan kekal pada musim berikutnya.

Ini kerana Carroll tidak lagi dilihat sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang pengurus Liverpool, Brendan Rodgers.

Carroll dibeli oleh bekas pengurus Liverpool, Kenny Dalglish dengan harga perpindahan sebanyak £35 juta dua musim lalu dari Newcastle United.

Bagaimanapun dalam perpindahan kali ini, Liverpool terpaksa berputih mata kerana West Ham hanya sanggup mengeluarkan kos sebanyak £15.5 juta sahaja untuk bayaran yuran bermakna Anfield terpaksa mengorbankan £20 juta wang pelaburan mereka pada tahun 2011 ketika mendapatkan khidmatnya dari Newcastle.

REKOD PERMAINAN CARROLL SEJAK DARI 2006 - SEKARANG:

> Newcastle (2006-11): 91 permainan/33 gol.

> Liverpool (2011-13): 58 permainan/11 gol.

> West Ham (2012-13): 23 permainan/7 gol.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan