Futsal: Malaysia Rangkul Juara Edisi Kedua Futsal Red Bull Tri-Nations Cup 2013

Diterbitkan: Ahad, 16 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan M.A.C FC dari Malaysia muncul juara edisi kedua Kejohanan Futsal Red Bull Tri-Nations Cup 2013 selepas mengalahkan pasukan senegara di Stadium Negeri, Sabtu malam.

Pada final, M.A.C FC dipaksa bekerja keras sebelum mengalahkan Gelombang FC dengan keputusan tipis 5-4 untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 serta piala kejohanan.

Gelombang FC, selaku naib juara, menerima hadiah wang tunai RM10,000 manakala Indera SC dari Brunei menduduki tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menyampaikan hadiah.

Kejohanan dua hari itu disertai enam pasukan, iaitu dua masing-masing dari Malaysia, Indera SC dan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dari Brunei dan pasukan Moutbatten Football Club 'A' dan 'B' dari Singapura.

M.A.C FC dan Gelombang FC dipilih mewakili negara pada kejohanan dwitahunan itu selepas masing-masing muncul juara dan naib juara pada Kejohanan Futsal Red Bull peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, tahun lepas.

Malaysia akan menjadi tuan rumah kejohanan edisi ketiga itu pada 2015.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan