Brazil Kalahkan Jepun 3-0 Perlawanan Pembuka Tirai Piala Konfederasi

Diterbitkan: Ahad, 16 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BRASILIA: Brazil meraih kemenangan 3-0 ke atas Jepun dalam usaha juara dunia lima kali itu mencari gelaran ketiga Piala Konfederasi.

Brazil menang pada edisi 1997, 2005, 2009.

"Neymar adalah pemain hebat yang akan menunjukkan kelainan," kata jurulatih Felipe Scolari.

Neymar membuka jaringan pada minit ketiga sebelum Paulinho menambah gol tuan rumah minit ke-48 dan Jo melengkapkan kemenangan dalam masa kecederaan.

Sementara itu kira-kira 1,000 orang mengadakan demonstrasi di luar Stadium Nasional Brasilia, ketika berlangsungnya perlawanan pembuka tirai ini.

Mereka yang kebanyakannya anak muda dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan memperuntukkan sejumlah besar peruntukan untuk kejohanan itu dan Piala Dunia tahun depan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan