Mereka Bunuh Pembangunan Bola Sepak Negara - Azzuddin

Diterbitkan: Jumaat, 14 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wan Zack (kiri) dan Nazirul bersama 
Naib Eksekutif Presiden Kelab Bola Sepak Ryuku, Sotaro Shinoda (tengah) selepas sah dipilih untuk beraksi dengan FC Ryukyu Mac lalu. Foto: BERNAMA
Wan Zack (kiri) dan Nazirul bersama Naib Eksekutif Presiden Kelab Bola Sepak Ryuku, Sotaro Shinoda (tengah) selepas sah dipilih untuk beraksi dengan FC Ryukyu Mac lalu. Foto: BERNAMA

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad turut kecewa dengan tindakan tidak profesional beberapa pasukan tempatan yang mahu melamar pemain muda negara beraksi dengan pasukan mereka.

"Saya turut kecewa seperti mana yang dirasai oleh ketua jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee.

"Kita berusaha dengan tenaga sendiri menghubungi kelab-kelab luar negara bagi memberi pendedahan kepada pemain kita.

"Seperti kes Wan Zack Haikal yang kita harapkan dia mampu membantu kelab (Ryukyu FC) berjaya naik ke Divisyen Dua seterusnya ke Divisyen Satu.

"Tetapi amat mengecewakan kami adalah pasukan-pasukan kita sendiri yang cuba melamar mereka pulang ke Malaysia.

"Jika FAM tidak membuat program-program pembangunan, FAM juga kena...bila FAM buat program pro-aktif atas usaha sendiri dengan dua pemain kita beraksi di luar, orang kita sendiri juga yang hendak menjejaskan atau menjadi dalang untuk membunuh program pembangunan kita," luahnya Azzuddin kepada media.

Tambahnya: "Kamu sendiri boleh fikir sama ada ia adil atau tidak? Isu ini boleh mengaibkan kita sendiri."

Azzuddin juga berkata, pihaknya telah mengenal pasti kelab atau pasukan yang membuat tawaran kepada Wan Zack untuk balik ke Malaysia, namun enggan mendedahkannya.

"Kita ada bukti yang jelas kelab atau negeri mana yang terlibat tetapi buat masa sekarang saya belum ingin mendedahnya.

"Kalau dia jadi balik, ia sama sahaja dengan pemain kita yang bermain dengan kelab di Portugal sebelum ini yang balik sebelum tamat kontrak.

"Ia seolah-olah pergi makan angin dan tidak berbaloi. Malah kalau terus seperti ini, bola sepak kita tidak akan ke mana-mana," jelasnya.

Beberapa hari lalu timbul spekulasi mengatakan pemain sayap skuad Kim Swee mahu kembali ke Malaysia dan dalam masa yang sama ada pasukan yang sanggup menebus kontrak pemain itu dengan kelab Jepun itu.

Wan Zack,22, mengikat kontrak selama dua tahun berangkat ke Jepun pada Mac lalu bersama seorang lagi pemain muda negara, Nazirul Naim Che Hashim bagi beraksi dengan pasukan Divisyen Tiga, FC Ryukyu.

Sebelum ini, Wan Zack begitu bersemangat selepas terpilih beraksi dengan kelab itu, namun dilaporkan berhasrat untuk kembali selepas mengalami masalah komunikasi dengan pegawai perubatan kelab.

Sekiranya ia berlaku, Wan Zack bakal mengikuti jejak langkah Muhammad Nadzmi Faiz Mansor yang kembali ke Malaysia secara tiba-tiba dari kelab Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar pada Februari lalu.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan