Navas Sah Sarung Jersi Manchester City

Diterbitkan: Khamis, 13 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Navas bakal beraksi dengan City musim depan selepas sepuluh musim bersama Sevilla.
Navas bakal beraksi dengan City musim depan selepas sepuluh musim bersama Sevilla.

PEMAIN sayap Sepanyol, Jesus Navas meninggalkan Sevilla selepas sepuluh musim bersama kelab itu dan akan bergandingan dengan rakan senegaranya, David Villa di Manchester City.

MAnchester City telah mengesahkan mengenai Navas yang secara rasminya telah menjadi pemain kelab tersebut selepas lulus ujian kesihatan.

Pemain berusia 27 tahun itu mengikat kontrak selama empat tahun selepas City bersetuju membayar kelab Sepanyol itu sebanyak £14.9 juta (RM73.34 juta).

Menurut NAvas di laman web mcfc.co.uk: "Manchester City merupakan satu projek yang sangat menguja dan ia adalah satu tempat yang sesuai bagi saya.

"Saya sangat gembira dengan peluang dan keputusan yang dibuat.

"Liga Perdana merupakan satu pertandingan yang pantas dan ia sangat sesuai dengan jiwa saya. Saya memang bersedia untuk itu.

"Saya berpindah ke sebuah kelab yang bagus di England dan saya ingin terus mengembangkan permainan saya di sini.

"Kelab juga telah meletakkan harapan pada saya dan saya akan membalas dengan aksi yang baik di padang."

Navas bersama Sevilla buat kali pertama pada tahun 2003.

Pemain ini juga dianggap sebagai kunci utama kejayaan kelab tersebut dalam menjulang trofi Piala UEFA pada tahun 2006 dan 2007.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan