Pencahayaan Lampu Limpah SSINS Catat Bacaan Melebihi Piawaian FAM

Diterbitkan: Rabu, 12 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kecerahan lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dijangka melepasi piawaian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila mencatat bacaan pencahayaan purata melebihi 1,600 lux.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof berkata dua wakil FAM yang ditugas mengukur kecerahan cahaya lampu berpuas hati dengan ujian kecerahan yang dijalankan malam Selasa.

"Pemeriksaan pencahayaan malam ini mendapati kesemua pencahayaan melebihi apa yang ditetapkan oleh FAM iaitu 1,200 lux. "Kita telah membuat sembilan sudut titik pemeriksaan di mana rata-ratanya melebihi 1,600 lux. Ada yang sampai 2,000," katanya kepada pemberita ketika bersama dua wakil FAM membuat pemeriksaan di stadium itu malam Selasa.

Beliau berkata pihaknya mengharapkan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM memberi maklum balas dengan segera sama ada lulus atau sebaliknya bagi membolehkan PBSNT membuat persediaan untuk perlawanan antara Terengganu dan Kelantan 21 Jun ini.

"Kami harap dapat kelulusan kerana ia melebihi daripada apa yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu wakil JKPT FAM Mohd Zaini Abu Bakar berkata secara dasarnya semua dalam keadaan baik dan pihaknya akan menghantar keputusan mengenai perkara itu esok setelah diputuskan pengerusi JKPT Datuk Hamidin Mohd Amin.

Kerajaan negeri membelanjakan sejumlah RM4 juta untuk memasang lampu baharu di stadium berkenaan berikutan FAM tidak meluluskan perlawanan Liga Malaysia diadakan di SSINS pada waktu malam kerana pencahayaan lampu stadium tidak mencapai piawaian iaitu 1,200 lux.

Di bawah pengubahsuaian itu, kuasa lampu di SSINS akan ditingkatkan daripada 1,000 lux kepada 1,400 lux untuk jangka panjang kerana pencahayaannya akan berkurangan dari semasa ke semasa.

SSINS adalah antara beberapa stadium yang tidak diluluskan oleh FAM untuk bermain pada waktu malam berikutan lampu limpahnya tidak mencapai tahap yang diperlukan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan