Universiade Pentas Terbaik Harimau Muda A - Kim Swee

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peluang beraksi pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Kazan, Rusia bulan depan adalah pentas terbaik bagi skuad Harimau Muda A membuktikan kemampuan sebenar setelah dihimpit siri kekalahan dalam aksi persahabatan antarabangsa sebelum ini.

Pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee optimis anak buahnya mampu menghadirkan saingan sengit walaupun sedar laluan penuh berliku untuk membawa pulang pingat pada temasya itu apabila diundi dalam kumpulan C bersama-sama Itali, Great Britain dan Algeria.

"Itali dan Great Britain adalah dua pasukan yang hebat. Mereka mempunyai budaya bola sepak yang tinggi serta berada pada tahap berbeza berbanding kita. Namun, ini bukan bermakna kita akan mudah menyerah kalah.

"Saya juga mahu pemain menggunakan pengalaman di Kazan dalam misi kita mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA di Myanmar Disember ini," katanya.

Skuad Harimau Muda A kini menjalani latihan di Slovakia dan akan beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan di sana.

Bagi memantapkan pasukan berkenaan menghadapi saingan di Universiade, ketua jurulatih Harimau Muda A itu memanggil lapan pemain iaitu Zubir Azmi (Terengganu), K. Reuben (ATM), S. Sivanesan (Negeri Sembilan), K. Prabakaran (Sime Darby), Nik Shahrul Azim Ab Halim (Kelantan), Nazri Ahmad (Johor Darul Takzim), Nazirul Naim Che Hashim (FC Ryukyu) dan Junior Eldstal (Sarawak).

"Saya panggil mereka bersama kita di sini (Slovakia) sebagai pendedahan awal untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca sejuk dan perbezaan masa berbanding di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata beliau mungkin melakukan rombakan kecil sekiranya Nik Shahrul Azim dan Nazri yang akan beraksi di pentas final Piala FA pada 29 Jun ini, mengalami kecederaan.

"Saya harap mereka tidak mengalami kecederaan ketika perlawanan akhir Piala FA nanti. Barisan utama skuad negara ke Kazan hanya akan diumumkan selepas tamat Piala FA," katanya.

Harimau Muda A dijadual berdepan Itali pada 5 Julai, Great Britain (8 Julai) dan Algeria (10 Julai).

Untuk rekod, skuad negara gagal melepasi saingan peringkat kumpulan pada temasya edisi 2011 di Shenzen, China selepas tumpas dalam ketiga-tiga perlawanan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan