'Pecat Saya Sebagai Presiden PFA' - Cabar Shahidan Kepada FAM

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim mencabar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memecatnya daripada PFA sekiranya FAM berhasrat mengambil tindakan terhadapnya kerana terus mengkritik badan induk itu.

"Tak perlu gantung-gantung, pecat ajelah saya. Tapi dengan syarat jangan bagi PFA kacau saya lagi (minta saya bayar gaji pemain Perlis).

"Saya tidak mahu ada kaitan apa-apa lagi dalam persatuan itu," kata Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada pemberita selepas majlis taklimat kepada anggota Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di sini Selasa.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad yang menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib persatuan itu untuk menilai sama ada Shahidan wajar dibicarakan lagi setelah terus menerus mengkritik badan induk kebangsaan itu biarpun digantung selama 30 bulan.

Sambil mempertahankan tindakannya terus mengkritik FAM, Shahidan turut melahirkan rasa terkilan apabila persatuan itu hanya mengenakan hukuman ke atasnya sedangkan masih ramai pemimpin yang mengkritik badan induk itu. "(Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan) Tan Sri Annuar Musa keluarkan kenyataan tiap-tiap hari mengenai FAM, mereka tidak kata apa-apa. Datuk K. Rajagobal pun tak kena gantung.

"Kalau saya, suka hati mahu hukum, ingat saya tiada kepentingan senang-senang mahu denda," jelas Shahidan.

Pada Sabtu lepas, bekas Menteri Besar Perlis itu mengeluarkan kenyataan berhubung kemarahannya terhadap FAM yang sudah 'membuangnya', menggantungnya tetapi tiada pegawainya yang bertanya khabar PFA.

Dalam pada itu, Shahidan juga meluahkan keluhan kerana terpaksa mengeluarkan duit sakunya untuk membayar gaji pemain Perlis ketika menjadi presiden pasukan Singa Utara itu, dan meminta FAM membantu PFA yang kini dilanda masalah kewangan.

Selain digantung 30 bulan, Shahidan turut didenda RM39,000 dan hilang status sebagai Presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota Jawatankuasa Kewangan FAM sehingga September 2015. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan