Liga Super: Aksi Terengganu, Kelantan Mungkin Pada Sebelah Malam - PBSNT

Diterbitkan: Selasa, 11 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Saingan Liga Super antara Terengganu dan Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) di sini pada 21 Jun ini dijangka berlangsung pada sebelah malam.

Pemangku Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Sheikh Tajudin Sheih Yusof berkata ini kerana projek menggantikan lampu limpah di stadium itu bagi meningkatkan pencahayaan telah siap.

"Kita telah hantar surat rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan mereka akan menghantar wakilnya bagi memeriksa limpahan 'lux' lampu berkenaan dalam masa terdekat ini. Kita akan memaklumkan lagi nanti," katanya pada Selasa.

Sheikh Tajudin yang juga Timbalan Yang Dipertua PBSNT berkata pihak pengurusan stadium iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) juga telah memaklumkan stadium itu boleh digunakan pada sebelah malam setelah melakukan beberapa ujian.

Kerajaan negeri membelanjakan RM4 juta untuk memasang lampu limpah baharu di stadium itu bagi memenuhi piawaian 1,200 lux, untuk membolehkan perlawanan Liga Malaysia diadakan pada sebelah malam.

Menerusi pengubahsuaian itu, kuasa lampu limpah di SSINS dipertingkatkan daripada 1,000 lux kepada 1,400 lux.

SSINS adalah antara beberapa stadium yang tidak diluluskan oleh FAM untuk melangsungkan permainan pada waktu malam berikutan lampu limpahnya tidak mencapai tahap yang ditetapkan.

"Kita harap peminat dan penyokong bola sepak Terengganu akan lebih selesa menonton permainan di sebelah malam berbanding pada sebelah petang sebelum ini yang agak panas cuacanya," katanya.

Dalam pada itu, Sheikh Tajudin berkata pasukan Terengganu akan mengadakan perlawanan persabahatan dengan pasukan T-Team di SSINS malam esok sebagai pemanas badan.

Beliau berkata perlawanan itu bagi menguji kecergasan pemain kedua-dua pasukan sebelum menyambung semula saingan Liga Super bermula 21 Jun ini selepas tempoh berehat.

Tiada bayaran masuk dikenakan kepada penonton untuk menyaksikan perlawanan ini, katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan