United Mahu Membida Cesc Fabregas Dari Barcelona

Diterbitkan: Sabtu, 8 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cesc Fabregas
Cesc Fabregas

DAVID MOYES telah bersedia untuk membuat tawaran kepada Barcelona bagi mendapatkan khidmat pemain tengah Cesc Fabregas yang kini diletakkan pada harga £40 juta oleh juara Liga Sepanyol itu.

Akhbar Britain, The Sun dalam laporan eksklusifnya menyebut yang pengurus baru Manchester United itu enggan mengalah kepada Arsenal yang turut bersaing untuk mendapatkan khidmatnya semula.

Ketika Fabregas, 26, berpindah dari Arsenal ke Barca, Arsene Wenger meletakkan syarat yang jika pemain itu berhasrat meninggalkan kelab berkenaan, dia mestilah diberikan hak untuk membuat tawaran terlebih dahulu.

Bagaimanapun Moyes enggan mengaku kalah sebelum mencuba dalam usahanya untuk membina skuad baru United musim depan.

Masa depan Fabregas di Barca berada dalam keadaan yang tidak menentu selepas 'wonderkid' Brazil, Neymar menyertai kelab itu pada harga £50 juta baru-baru ini.

Moyes mahu memberi keutamaan kepada barisan tengah United sebelum musim baru bermula ekoran persaraan Paul Scholes menyebabkan hanya Michael Carrick, Anderson dan Tom Cleverley sahaja yang tinggal untuk memikul bebanan tersebut.

Pemain Jepun, Shinji Kagawa lebih memainkan peranan sebagai penyerang di belakang penyerang utama iaitu Robin van Persie atau Wayne Rooney.

Selain itu Moyes juga belum menyelesaikan masa depan Rooney bersama United ekoran permintaannya untuk berpindah.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan