Fernandinho Teruja Sarung Jersi City

Diterbitkan: Jumaat, 7 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fernandinho menayangkan jersi Manchester City yang bakal dipakai selepas sah bergelar pemain kelab itu.
Fernandinho menayangkan jersi Manchester City yang bakal dipakai selepas sah bergelar pemain kelab itu.

MANCHESTER City mengumumkan telah mengikat pemain tengah Shaktar Donetsk, Fernandinho dengan harga yang dilaporkan bernilai £34 juta (RM164 juta).

Pun begitu nilai sebenar perpindahan ini tidak dijelaskan.

Pemain berusia 28 tahun telah lama dikaitkan dengan City sebelum ini.

"Ini adalah peluang dan cabaran terbaik yang telah lama saya tunggu. Bermain di kelab Liga Perdana Inggeris bersama City adalah satu impian.

"Cita-cita saya adalah untuk meraih semua gelaran di sini.

"City adalah sebuah pasukan, kelab serta penyokong yang luar biasa.

"Saya berharap mampu membalas jasa City dengan apa yang telah mereka lakukan untuk mendapatkan saya.

"Setiap pemain akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan saya bersedia untuk itu.

"Saya tahu banyak perkara mengenai City. Sejak mereka mula menunjukkan minat terhadap saya, ketika itulah saya mula 'belajar' mengenai kelab ini," jelas di laman web kelab itu.

Fernandinho memulakan kariernya bersama Atletico Paranaense sebelum menjadi salah seorang pemain pilihan dalam skuad Brazil sekaligus mengetuai skuad Shakhtar selama lapan musim dan turut menjadi tonggak utama dalam kejayaan meraih trofi Piala UEFA pada tahun 2009.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan