PBNP Akur Denda Dikenakan Jawatankuasa Disiplin FAM

Diterbitkan: Khamis, 6 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dengan hati terbuka, akur dan menerima keputusan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mendenda PBNP RM100,000 ekoran insiden 28 Mei lepas di Stadium Darul Makmur.

Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata, persatuan itu juga akur terhadap keputusan dan kebijaksanaan Jawatankuasa Perlawanan FAM menjadualkan semula perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Jun dengan Pahang diberi status sebagai tuan rumah.

Katanya, PBNP percaya FAM membuat keputusan itu selepas pertimbangan sewajar dan seadil-adilnya tanpa dipengaruhi kepentingan peribadi mana-mana pihak.

"Tindakan FAM memperuntukkan 60,000 tiket kepada PBNP seharusnya tidak dipersoalkan kerana ini adalah wajar dan bersesuaian dengan status tuan rumah yang diberikan," kata beliau menerusi kenyataan yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PBNP, Rizal Chek Hashim di sini, Rabu.

PBNP turut melahirkan kekecewaan dan rasa terkilan atas kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang membayangkan PBNP mahu mengambil keuntungan daripada insiden berkenaan.

Tindakan seumpama itu, kata Tengku Abdul Rahman, bukan sahaja mempertikaikan integriti PBNP malah seolah-olah menghukum peminat dan penyokong bola sepak Pahang.

Dalam pada itu, beliau berkata PBNP amat berterima kasih dan terharu dengan sumbangan penyokong bola sepak Pahang yang bersusah payah mengumpul wang bagi membantu PBNP membayar denda berkenaan.

Usaha itu, katanya, membuktikan kehendak, semangat dan sokongan padu penyokong serta peminat bola sepak Pahang.

"Bagi kami, ini adalah fenomena baru di mana penyokong berasa bertanggungjawab untuk membantu PBNP melunaskan denda," katanya.

Beliau turut mengucap tahniah kepada pasukan Johor Darul Takzim dan Kelantan kerana layak ke perlawanan akhir Piala FA. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan