Sambutan LSUS Daerah Kuala Langat Meriah

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Acara futsal mendapat sambutan penyertaan paling banyak.
Acara futsal mendapat sambutan penyertaan paling banyak.

KUALA LANGAT: Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) Daerah Kuala Langat yang berlangsung minggu lalu menyaksikan penambahan penyertaan yang memberangsangkan berbanding tahun sebelum ini.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat, Zuraidah Yusoss berkata, pihaknya teruja dengan sambutan tahun ini malah terpaksa mengehadkan penyertaan dalam beberapa acara.

"Liga Sukan Untuk Semua ini berjalan rancak di seluruh Malaysia dan ia adalah acara tahunan terbuka kepada semua.

"Bagi daerah ini, saya begitu teruja dengan sambutan yang diberikan dalam tiga acara yang dipertandingkan.

"Dalam acara futsal sebanyak 32 pasukan yang beraksi dan kami terpaksa mengehadkan penyertaan acara ini memandangkan terlalu banyak pasukan yang ingin turut serta.

"Manakala bagi acara sepak takraw pula sebanyak 24 pasukan bertanding dan pada hari kedua acara bola jaring turut diadakan," jelasnya ketika di hubungi mStar Online.

Zuraidah berkata, johan dan naib johan setiap acara secara automatik akan mewakili daerah untuk beraksi di peringkat parlimen nanti.

Pada aksi tahun ini menyaksikan pasukan Adoi FC membawa pulang wang tunai RM1,000 selepas dinobatkan sebagai juara pasukan futsal, diikuti pasukan Boca Jarom (RM500) dan ketiga pasukan Idin FC yang turut meraih hadiah tunai RM300.

Sementara itu, acara sepak takraw dimenangi oleh pasukan Sue FC (RM 700), kedua pasukan Bank Rakyat (RM500) , ketiga TSC C (RM300) dan keempat pasukan Kelanang C yang turut meraih wang tunai RM300.

Bagi acara bola jaring pula, Kumpulan Ijas berjaya muncul juara sekaligus membawa pulang hadiah bernilai RM700, diikuti naib juara pasukan Histana (RM500), ketiga pasukan 4B Telok 1 (RM300) dan keempat pasukan 4B Telok 2 (RM300).

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan