Navas Bakal Sarung Jersi City - Bola Sepak | mStar

Navas Bakal Sarung Jersi City

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Navas bakal beraksi bersama Man City musim depan.
Navas bakal beraksi bersama Man City musim depan.

PEMAIN sayap Sepanyol, Jesus Navas bakal meninggalkan Sevilla selepas sepuluh musim bersama kelab itu dan akan bergandingan dengan rakan senegaranya, David Villa di Manchester City.

"Sevilla FC telah bersetuju dengan tawaran sebuah kelab Inggeris.

"Navas mahu menyambung kariernya dalam aksi bola sepak Inggeris dengan kelab yang lebih sesuai dalam mambantu perkembangannya sebagai pemain bola sepak," jelas satu kenyataan kelab.

Navas bersama Sevilla buat kali pertama pada tahun 2003.

Pemain ini juga dianggap sebagai kunci utama kejayaan kelab tersebut dalam menjulang trofi Piala UEFA pada tahun 2006 dan 2007.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan