FAM Nafi Berat Sebelah Dalam Isu Pengagihan Tiket

Diterbitkan: Sabtu, 1 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyangkal sekeras-kerasnya laporan beberapa akhbar bahawa mereka bersikap 'berat sebelah' dalam pengagihan jumlah tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam Sabtu.

FAM dalam satu kenyataan hari ini berkata perkara teknikal melibatkan venue perlawanan dan jumlah penjualan tiket telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan ke-34 di Wisma FAM, Kelana Jaya, Rabu lepas, yang turut dihadiri wakil kedua-dua pasukan itu.

"Sebagai pasukan tuan rumah (PTR), Pahang mempunyai hak ke atas semua aspek pengelolaan perlawanan termasuklah memperuntukkan tiket kepada pasukan Johor DT sebagai Pasukan Pelawat (PL).

"Peruntukan 60,000 tiket untuk Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan 20,000 tiket yang boleh dibeli oleh (penyokong) Johor DT di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah dengan persetujuan PBNP," kata FAM.

Kenyataan itu turut menyebut keputusan agihan tiket itu dibuat selaras dengan Perkara 3.8.1 Peraturan Liga Malaysia 2013-2016 dan Perkara 5 Peraturan Keselamatan FAM.

"Perlu diperjelaskan bahawa FAM hanya bertanggungjawab dalam soal pengelolaan teknikal sahaja manakala urusan seperti menetapkan harga tiket, jumlah jualan atau agihan dan peruntukan tiket untuk Pasukan Pelawat adalah dalam bidang tugas PBNP," kata FAM.

Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) menerusi kenyataan media, semalam mengganggap keputusan FAM membenarkan PBNP menjadi tuan rumah dan mendapat peruntukan jumlah tiket yang besar dianggap sebagai satu 'keistimewaan'.

Mereka turut dilaporkan mempertikaikan jaminan polis mengenai tahap keselamatan untuk perlawanan berkenaan.

Untuk rekod, Johor DT menang 1-0 ke atas Pahang pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 25 Mei lepas.

Aksi timbal balik yang berlangsung di Stadium Darulmakmur, Kuantan, tiga hari kemudian bagaimanapun tidak dapat diteruskan berikutan kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong kedua-dua pasukan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan