Nitrocharge Pilihan Hairuddin

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hairuddin (tengah) bersama jurulatih ATM, B.Sathianathan dan pemain Selangor, Mohd Raimi menunjukkan but terbaharu Adidas, Nitrocharge.
Hairuddin (tengah) bersama jurulatih ATM, B.Sathianathan dan pemain Selangor, Mohd Raimi menunjukkan but terbaharu Adidas, Nitrocharge.

TANPA ragu-ragu dengan rekaan terbaru but keluaran Adidas, dua pemain bola sepak terkenal tempatan, Hairudin Omar dan Mohd Raimi Nor memilih but Nitrocharge sebagai 'enjin' beraksi di padang.

Nitrocharge tampil dengan rekaan yang lebih ikonik sebaris dengan but sebelum ini seperti predator, adipure dan f50.

Lebih menarik nitrocharge ini dikatakan mampu memberi kesan maksimum bagi pemain yang menguasai di bahagian serangan kerana ia direka khas untuk pergerakan lebih pantas dalam pelbagai situasi.

Rekaan terbaru Adidas ini dilihat lebih lembut dan ringan dan mampu menjadikan penghujung but itu melekat di bahagian kaki hadapan mengikut pergerakan yang dilakukan.

But nitrocharge turut digelar sebagai enjin bagi seseorang pemain ketika beraksi sekaligus mampu menjadikan persembahan lebih mantap.

Hairuddin berkata, dia begitu selesa dengan but ini selepas diberi peluang untuk mencubanya.

"Sebelum ini saya menggunakan f50 dan ia sangat memuaskan.

"Tetapi apabila menggunakan nitrocharge ini, saya lebih teruja kerana ia lebih ringan berbanding yang lain.

"Dan paling penting ia rekaan sesuai untuk pemain seperti saya yang beraksi di bahagian serangan," jelas kepada media ketika ditanya mengenai but terbaharu ini.

Nitrocharge yang berharga RM730 ini turut menjadi pilihan pemain bola sepak antarabangsa seperti Dabiele De Rossi (AS Roma), Dani Alves (Barcelona), Ezequiel Lavezzi (Paris St Germain) dan Javi Martinez (Bayern Munich).

Sementara itu, Hairuddin yang beraksi bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) musim ini tetap menaruh keyakinan dalam empat baki perlawanan Liga Super musim ini.

"Kami masih ada lagi empat perlawanan musim ini dan saya yakin kami masih berpeluang membaiki kedudukan yang lebih baik.

"Yang penting kami perlu menang semua perlawanan tersebut dan saya pasti rakan-rakan sepasukan akan bekerja lebih keras lagi," jelas kapten ATM ini.

ATM kini berada di kedudukan ketiga liga dengan 33 mata, di belakang pendahulu Lions XII (38) dan Johor Darul Takzim dengan 34 mata.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan