Tiket Perlawanan Chelsea Mula Dijual Esok

Diterbitkan: Rabu, 29 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiket untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara Pilihan Malaysia XI menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC akan mula dijual di semua kedai Adidas di seluruh negara mulai Khamis hingga Ahad ini.

Perlawanan tersebut, yang menjadi sebahagian daripada pra musim Jelajah Asia 2013/2014 pasukan The Blues itu, akan diadakan pada pukul 9.45 malam di Stadium Shah Alam pada 21 Julai ini.

Tiket-tiket tersebut akan dijual pada harga RM58, RM88, RM108, RM308 manakala tiket VIP pula pada harga RM408 dengan jumlah yang terhad.

Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents International, Julian Kam berkata mulai Isnin ini, tiket boleh didapati menerusi cawangan Ticketpro di seluruh negara atau talian hotline 03-7880-7999 dan secara online menerusi laman web www.ticketpro.com.my.

ProEvents International adalah penganjur eksklusif bagi Jelajah Asia Chelsea FC 2013.

"Kami yakin jualan tiket akan menerima sambutan menggalakkan selepas kunjungan pertama kelab itu ke negara ini pada 2008 menyaksikan 85,000 tiket dijual untuk perlawanan persahabatan di venue sama," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Lawatan kelab juara Liga Eropah terbaru itu adalah kali ketiga sejak 2008 apabila mereka mengalahkan Pilihan Malaysia 2-0 sebelum menang tipis 1-0 ke atas pasukan yang sama pada 2011.

Media Britain baru-baru ini melaporkan bahawa Jose Mourinho, pengurus kelab Real Madrid dari Sepanyol telah disebut-sebut untuk kembali ke Chelsea FC sebagai pengurus baharu bagi menggantikan Rafael Benitez yang mengikat kontrak dua tahun bersama kelab Itali, Napoli.

Sebelum ke sini, Chelsea FC akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Thailand, Singha All-Star di Bangkok pada 17 Julai sebelum mengakhiri jelajah mereka dengan menentang BNI Indonesia All-Stars dfi Jakarta, pada 25 Julai. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan